Connect with us

Oh! Media

Keputusan Kes Ibu Zayn Rayyan Diumum Esok, Penentu Sama Ada Disabitkan Atau Dibebaskan

Zayn rayyan ibu ohmedia

Trending

Keputusan Kes Ibu Zayn Rayyan Diumum Esok, Penentu Sama Ada Disabitkan Atau Dibebaskan

Mahkamah tentukan sama ada Ismanira disabitkan atau dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan anak.

Kes yang melibatkan ibu kepada kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin kembali menjadi perhatian ramai apabila keputusan perbicaraan akan diketahui esok di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Memetik laporan Harian Metro, Hakim Dr Syahliza Warnoh dijadualkan mengumumkan sama ada tertuduh, Ismanira Abdul Manaf akan disabitkan kesalahan atau dibebaskan di akhir kes pembelaannya selepas mendengar keseluruhan keterangan saksi.

Hujahan akhir pembelaan dan pendakwaan

Zayn Rayyan

Menurut laporan, pihak pembelaan sebelum ini telah memfailkan hujahan bertulis pada 18 September lalu, manakala pihak pendakwaan membalas pada 1 Oktober.

IKLAN

Menurut hujahan bertulis pembelaan, keterangan yang diberikan Ismanira bukanlah satu penafian kosong, sebaliknya konsisten dan tidak bercanggah dengan penjelasan awal yang diberikannya.

Namun, pasukan pendakwaan berhujah bahawa keterangan mengikut keadaan menunjukkan ketika Allahyarham Zayn Rayyan berada di bawah jagaan Ismanira, tertuduh telah mendedahkan anaknya kepada risiko kecederaan.

Zayn Rayyan

Mahkamah pada 21 Julai, memerintahkan Ismanira membela diri, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Ismanira, namun gagal membuktikan kes terhadap suaminya.

Pssttt! Kes ini antara yang paling menyentuh hati rakyat Malaysia kerana melibatkan kematian seorang kanak-kanak yang disayangi ramai. Apa pun keputusan esok, semoga keadilan dapat ditegakkan dan memberi jawapan kepada seluruh masyarakat yang masih mengikuti perkembangan kes ini.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas