Connect with us

Oh! Media

Tragedi Zayn Rayyan: Pakar Dedah Punca Sebenar Kematian

Zayn Rayyan

Oh! Tidak

Tragedi Zayn Rayyan: Pakar Dedah Punca Sebenar Kematian

Perkembangan terbaru dalam kes kematian tragis kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin mengesahkan bahawa arwah meninggal dunia akibat dijerut, bukan kerana lemas seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini.

Pakar Perubatan Perunding Forensik, Dr Rohayu Shahar Adnan mendedahkan perkara ini ketika memberi keterangan dalam prosiding perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

IKLAN

Kesan jerutan pada leher Zayn Rayyan jelas…

Ibu bapa Zayn Rayyan

Menurut beliau, kesan jerutan pada leher Zayn Rayyan menunjukkan ia berlaku secara melintang, bukan secara serong seperti dalam kes gantung diri.

Kesan jerutan ini boleh terhasil daripada sebarang objek dibentuk contohnya tali, lanyard atau kain dipintal.

Kedudukan jerutan adalah sama iaitu enam sentimeter di bawah telinga kanan dan kiri maka kesan ini adalah horizontal.- Jelasnya.

Kesan lebam turut dikesan pada otot leher serta kelenjar tiroid mangsa, sekali gus menunjukkan tekanan kuat telah dikenakan ke atas bahagian leher mangsa sehingga menyekat kemasukan oksigen ke paru-paru dan otak.

Mayat Zayn Rayyan ada kesan trauma fizikal…

Lebih menyayat hati, Dr Rohayu turut memaklumkan bahawa mayat mangsa menunjukkan kesan trauma tumpul dan tajam yang diklasifikasikan sebagai penderaan fizikal, meskipun kesan itu tidak menyebabkan kematian.

Tiada luka pertahanan atau luka menumbuk dan menendang dilihat pada arwah Zayn Rayyan.- Katanya.

Sementara itu, kesan kedutan pada tapak tangan dan kaki mangsa yang sebelum ini menimbulkan spekulasi kononnya arwah mati lemas, disahkan sebagai reaksi biasa kesan rendaman air dan bukan punca utama kematian.

Dengan ini, saya simpulkan sebab kematian sebagai ‘ligature strangulation’ (jerut).- Tegasnya.

Ibu bapa didakwa abaikan anak sehingga cedera…

Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, kedua-duanya berusia 30 tahun, didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara 5 dan 6 Disember 2023 di kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai hingga ke sungai berhampiran.

Kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kredit:
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas