Connect with us

Oh! Media

Anwar Beri Jaminan Kerajaan Giat Usaha Bawa Pulang Sukarelawan GSF

Anwar Ibrahim Palestin

Trending

Anwar Beri Jaminan Kerajaan Giat Usaha Bawa Pulang Sukarelawan GSF

Kerajaan akan terus menerus ganda usaha bagi memastikan keselamatan sukarelawan GSF selamat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan bahawa beliau telah berhubung dengan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, Sani Araby, bagi mendapatkan perkembangan terkini usaha membawa pulang aktivis dan sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Tiada kompromi dalam isu melibatkan keselamatan

558104042 1384147326400164 5555403371221101114 n

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, Anwar memberi jaminan bahawa segala daya dan upaya sedang digembleng oleh kerajaan bagi memastikan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dapat dibebaskan dengan segera, tanpa sebarang kompromi terhadap keselamatan mereka.

Sebagai Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara, Anwar turut menitipkan salam kepada keluarga delegasi Malaysia serta menzahirkan keprihatinan terhadap keadaan kesihatan dan kebajikan mereka.

IKLAN

Pada 2 Oktober 2025, seramai 23 rakyat Malaysia telah ditahan secara tidak sah oleh Israel Defense Forces (IDF) di perairan antarabangsa dalam misi GSF.

Situasi terkini, Wisma Putra telah menerima maklumat bahawa semua yang ditahan dalam misi GSF berada dalam keadaan selamat dan sihat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Pssttt! Semoga semua para sukarelawan GSF dapat pulang dengan selamat.

Kredit: Anwar Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas