Trending
Nadir Al-Nuri Perjelas Hanya ZRA Kekal Sebagai Peserta Kali Ini
Misi GSF 2.0 tampil berbeza apabila bekas peserta kini dilantik sebagai kru. Hanya seorang kekal peserta. Ini penjelasan penuh!
Beberapa individu yang pernah menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) 1.0 kini kembali untuk GSF 2.0, tetapi dengan peranan yang lebih besar sebagai kru.
Menurut laporan Harian Metro, Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menjelaskan bahawa kebanyakan peserta lama tidak lagi menyertai sebagai peserta biasa, sebaliknya memegang tanggungjawab penting dalam operasi.
Sebenarnya yang terlibat tahun lepas, tiada seorang pun masuk semula sebagai peserta melainkan Zainal Rashid.
Hanya ZRA kekal sebagai peserta

Menurut beliau, hanya Zainal Rashid Ahmad, pempengaruh media sosial dan pengasas ZRA Strim, kekal sebagai peserta dalam misi kali ini.
Manakala yang lain kini berperanan sebagai kapten kapal, petugas perubatan (medik) dan kru teknikal.
Semua mereka telah menjalani latihan khas di Malaysia, termasuk bersama Jabatan Laut, bagi memenuhi syarat minimum sebagai kru.
Syarat ketat, hanya 3 lelaki dipilih

Bagi GSF 2.0, hanya tiga peserta lelaki dipilih dengan kriteria ketat termasuk kemahiran khusus.
Antara latihan yang perlu dilalui kursus pengucapan awam, kursus Sejarah Palestin dan latihan kepimpinan di atas kapal.
Mereka perlu menjadi suara kepada Palestin di atas bot dan di media sosial.
Tambah Nadir, kekurangan kru menjadi antara faktor utama pengambilan semula peserta berpengalaman untuk memimpin misi kali ini.
Mereka yang ada pengalaman ini diambil untuk memimpin negara dan peserta lain dalam bot mereka.
Pssttt! Pengalaman adalah aset besar. Bila diberi peluang kedua, gunakan untuk bantu orang lain dan beri impak lebih besar.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM