Trending
“Dah Dua Hari Tak Boleh Tidur” – Bapa Kepada Pelajar Maut Jatuh Bangunan Luah Rasa Sedih
Baru-baru ini bapa kepada pelajar perempuan yang terjatuh dari tingkat lapan bangunan sekolahnya telah menulis satu coretan luahan isi hatinya.
Menggelarkan anak perempuannya sebagai “baby”, beliau meluahkan bahawa dirinya terlalu terkesan dengan tragedi yang menimpa anaknya itu sehingga dia tidak dapat tidur selama dua hari.
Saya tidak boleh berpura-pura lagi, saya mahu menangis semahu-mahunya.
Saya tidak boleh menyimpannya lebih lama lagi. Pada zahirnya, saya kelihatan kuat, tetapi hati seorang bapa juga ada waktu-waktu yang rapuh.
Hantaran tersebut turut disertakan dengan gambar-gambar anak perempuannya itu. Rata-rata warga maya turut bersimpati dengan nasibnya dan memberi kata-kata semangat kepadanya dan keluarga.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 7 hours ago