Connect with us

Oh! Media

Pelajar 13 Tahun Maut Terjatuh Daripada Tingkat 8 Bangunan Sekolah

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 03t130959438

Trending

Pelajar 13 Tahun Maut Terjatuh Daripada Tingkat 8 Bangunan Sekolah

Baru-baru ini, seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan serius selepas jatuh dari tingkat 8 bangunan sekolah.

Kejadian berlaku sekitar jam 6 petang di Sekolah Menengah Persendirian Chung Cheng, Bukit Seputeh, Kuala Lumpur.

Difahamkan, mangsa adalah anak ketiga daripada empat adik beradik dalam keluarganya.

IKLAN

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan tentang kejadian tersebut daripada pihak sekolah.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan sedang dijalankan. Mayat mangsa dihantar ke unit forensik untuk proses bedah siasat.

Menerusi laporan China Press, sebelum kejadian mangsa telah memuat naik satu hantaran video mengucapkan selamat tinggal kepada individu yang sentiasa bersama dengannya.

Saya sayang anda semua, kini saya hendak ucapkan selamat tinggal.

Namun video tersebut telah dipadam daripada media sosial. Apa yang lebih menyedihkan apabila katanya mangsa sempat bergelak ketawa bersama rakan-rakan sebelum kejadian itu berlaku.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 03t130959438

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar | China Press


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas