Connect with us

Oh! Media

Video Depan Kaabah Tular Di Luar Negara, Hafiz Mahamad Dituduh Jadi Punca Agama Difitnah

Ohmedia om Featured New 1200x675 5

Oh! Tidak

Video Depan Kaabah Tular Di Luar Negara, Hafiz Mahamad Dituduh Jadi Punca Agama Difitnah

Nama pempengaruh Hafiz Mahamad menjadi perhatian apabila video lama menunjukkan dirinya berhimpit di depan Kaabah pada Mac lalu tular semula di media sosial.

Lebih memburukkan keadaan apabila video itu dikongsi orang luar negara yang tidak tahu menahu mengenai isu terbabit.

Walaupun Hafiz sudah menjelaskan perkara sebenar, nampaknya video tersebut menjadi modal fitnah sehingga ada pengguna X memburuk-burukkan agama Islam di mata dunia.

IKLAN
Hafiz Mahamad

Difahamkan video yang dimuat naik semula oleh pengguna X Hindutva Knight telah meraih sehingga 5 juta tontonan.

Di ruangan kapsyen, pengguna X ini menulis golongan wanita telah mengalami gangguan yang ganas ketika beribadah di Mekah.

Individu tersebut juga cuba menimbulkan provokasi mempersoalkan adalah masjid sebuah tempat yang selamat untuk wanita.

Hafiz Mahamad
Hafiz Mahamad
Ohmedia hafiz mahamad 1

Susulan viral hingga dipandang serong oleh agama lain, netizen kebanyakannya berasa malu dengan tindakan Hafiz Mahamad dan menasihati usahawan itu untuk lebih berhati-hati apabila melakukan konten di media sosial.

Ohmedia om Featured New 1200x675 5

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas