Connect with us

Oh! Media

Hafiz Mahamad Minta Maaf, Rakam Video Untuk Kenangan Bukan Content

Hafiz Mahamad 3

Trending

Hafiz Mahamad Minta Maaf, Rakam Video Untuk Kenangan Bukan Content

Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad tampil dengan video permohonan maaf selepas video bergelut untuk mencium hajar aswad tular.

BACA: “Tak Payah Sibuk Buat Content, Rekod Video Bagai” – Hafiz Mahamad Cetus Rasa Marah, Ini Teguran Amin Idris

Dalam video penjelasan yang dibuat, Hafiz berkata niatnya baik dan sebelum video dimuat naik dia sudah memohon pendapat beberapa orang.

IKLAN

Katanya, pada sejam pertama ianya dikongsi, memang dia mendapat respon yang sangat positif daripada orang ramai.

Ramai yang berkata, mereka mahu bersedia dari segi mental supaya dapat mencium hajar aswad.

Penjelasan Hafiz Mahamad

Hafiz berkata lagi, sebenarnya ini merupakan kali ketujuh dia menjejakkan kaki ke Mekah. Setiap tahun dia akan datang bersama pekerjanya.

Memang tugasnya tak ubah seperti mutawif, dia berusaha membawa pekerjanya mencium hajar aswad dan solat di Hijr Ismail.

Dia tak mahu pekerjanya ralat apabila tak beribadah sepuasnya di sana. Dia juga mahu mencipta keberanian dalam diri staf untuk mencium hajar aswad walaupun keadaannya sukar.

Hafiz Mahamad

Dia juga tak berniat untuk menjadi hero kepada mana-mana pihak, dia hanya mahu memberikan yang terbaik dan berharap ianya dapat dicontohi.

Maafkan saya kalau video saya kata kenangan tu mewujudkan banyak persepsi. Video itu adalah kenangan untuk saya dan team.

Malah, ketika video diambil dia dan team sudah selesai menjalani ibadah wajib. Dia juga menafikan video dirakam untuk dijadikan content semata-mata.

Dia memadam video sebenarnya adalah untuk menjaga keharmonian di media sosial. Usahawan ini faham, masing-masing ada pendapat tersendiri.

Kredit: Instagram Hafiz Mahamad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas