Connect with us

Oh! Media

ZUS Coffee Akan Perkenalkan Kaedah Pembayaran Baru

Zus Coffee

Oh! Geekz

ZUS Coffee Akan Perkenalkan Kaedah Pembayaran Baru

Ha siapa je yang tak kenal Zus Coffee kan? Salah satu jenama minuman kopi popular di Malaysia yang juga aktif melabur dalam arena digital selari dengan perkembangan semasa.

Dikhabarkan jenama ini akan bekerjasama dengan Aye untuk memperkenalkan kaedah pembayaran baru di seluruh cawangan Zus Coffee.

BACA: Sesuai Dengan Imej, BSS (SEVENTEEN) Rasmi Jadi Wajah Pakar OPPO Reno!

IKLAN

Menurut laporan Amanz, Aye menyediakan pekhidmatan pembayaran menggunakan Face Recognition dan akan terus ke akaun kad kredit, debit atau w-wallet pembeli. Menarik dan mudah weh….

Menariknya, pelanggan di kedai kopi jenama ini boleh membuat pembayaran di kaunter dengan menggunakan imbasan wajah sahaja.

Pembayaran baru

Tolakan baki juga akan dilakukan secara automatik melalui akaun pilihan pengguna. Senang je kan?

Untuk pengetahuan pengemar Zus Coffee, kaedah ini akan diimplementasikan pada pertengahan pertama tahun ini tau dan pengguna yang berminat boleh membuat pendaftaran sebelum menggunakannya.

Lepas ni pergi Zus tunjuk muka je tapi akaun bank tak ada duit, boleh tak? Kah!

Kredit: Amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas