Trending
Coffee In The Clouds Tarik Crowd Ke Resorts World Awana Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik, Ini Antara Sorotan Acara
Pada
Oleh
Berlangsung meriah dalam kedinginan Resorts World Awana, acara Coffee in the Clouds berjalan seperti dirancang pada 22 November lalu.
Acara ini dibawakan khas oleh Resorts World Awana dan dianjurkan iMedia Asia telah menarik lebih kurang 2,300 pengunjung dari segenap lapisan masyarakat yang bukan sahaja penggemar kopi.
Seleksi lebih 30 vendor kopi
Lebih 30 vendor kopi memenuhi ruang acara menawarkan kopi dengan keistimewaan tersendiri dibrew oleh barista berpengalaman.
Bengkel berkenaan kopi oleh Shaun Liew, seni latte oleh Jacky Chang & Ryan Liew turut menarik perhatian pengunjung berkenaan minuman kegemaran ramai ini.

Resorts World Awana juga sertai bengkel kopi ini, siap lancarkan menu eksklusif terbaru mereka. Siapa yang datang, korang la yang paling awal dapat rasa!
Bukan sekadar healing minum kopi dalam suhu dingin, penganjur juga sediakan sesi bagi mereka yang sukakan aktiviti kesihatan dan kecergasan.
Pilates dengan view memukau
Peserta mat pilates dapat workout with a view! Bukan senang nak dapat peluang untuk buat pilates di ruang terbuka, panorama pun lawa, memang peluang keemasan yang tak semua orang boleh rasa.
Selain itu, bagi mereka yang sukakan alam semula jadi, ada juga Awana Trail Walk di mana mereka dibawa berjalan oleh guide untuk menelusuri keindahan serta keunikan tumbuhan dan hidupan sekitar kawasan setempat.
Belajar teknik handbrew
Turut tidak ketinggalan adalah bengkel handbrew dikendalikan oleh Barista Guild Asia. Pengunjung berpeluang belajar lebih mendalam mengenai teknik handbrew ini yang mungkin hanya pernah didengar diketahui teknik sebenarnya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Eksekutif Genting Malaysia Berhad, Spencer Lee berkata Genting tidak lama lagi akan memperkenalkan produk ladang-ke-meja dalam masa terdekat.
Untuk tidak ketinggalan update semasa, beliau menyeru orang ramai untuk mengikuti laman sosial mereka.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Malaysia menghantar Pasukan SMART ke Nepal susulan banjir besar selain menyalurkan AS$1 juta bagi membantu mangsa...
Bayangkan tengah syok makan ayam dekat KFC, tiba-tiba ada orang tengah perhatikan dari luar. Lagi pelik,...
Siapa dekat sini membesar dengan rancangan Upin & Ipin, jujur cakap korang memang legend habis lah! ...
Pelakon suara terkenal Peter Cullen, yang menghidupkan watak Optimus Prime dalam Transformers, meninggal dunia pada usia...
Dua tokoh bekas Tabung Haji direman tujuh hari SPRM susulan siasatan berkaitan pendedahan Laporan RCI TH.
19 September sehingga 4 Oktober 2026
Sukan Asia 2026 telah bermula!