Bila dah penat bekerja, tiba masa untuk korang keluar berjalan-jalan untuk menenangkan jiwa. Sesekali bolehlah bawa seisi keluarga staycation di rumah inap yang dilengkapi dengan kolam renang.
Kalau pandai cari, korang sebenarnya boleh dapat homestay atau chalet serendah RM150 satu malam tau. Nak tahu dekat mana? Jom semak beberapa lokasi yang kami senaraikan di Selangor ini.
IKLAN
Villa Mas, Ijok
Villa Mas terletak kira-kira 30 minit dari Shah Alam, Selangor. Harga penginapan bilik bermula dari RM75 satu malam.
Di Villa Mas, terdapat lebih kurang 13 bilik secara keseluruhan. Kalau korang nak booking satu villa untuk hari keluarga pun boleh, hanya RM1,300.
Memang berbaloi sangat sebab di sini disediakan pelbagai kelengkapan. Bilik pula lengkap dengan penghawa dingin, siap boleh mandi manda di kolam. Mana nak cari ui!
2. Pangkin & Padi, Sungai Besar
Bagi sesiapa yang nak kolam renang peribadi bolehlah menginap di Pangkin & Padi di Sungai Besar, Selangor.
Harga untuk satu malam ialah RM280 pada hari bekerja manakala RM300 untuk hari minggu dan cuti umum.
Paling best, homestay ini menghadap sawah padi tau. Bila kena musim padi tengah mekar tu, memang cantik sangat pemandangan!
3. Villa Noni Tiny House, Kajang
Di Villa Noni Tiny House, Kajang korang dapat menikmati penginapan jenis studio dengan harga RM200 satu malam.
Satu studio boleh memuatkan sehingga 4 orang. Jadi memang jimat kalau kongsi dengan rakan-rakan untuk bermalam di sini.
Vibes di villa ini pun memang onz sangat, sesuai untuk reunion kecil-kecilan dengan ahli keluarga atau sahabat handai.
4. Carpe Diem, Orchard Home, Serendah
Bangun tidur boleh terus gelongsor masuk kolam renang! Biar betul? Ha.. bagi anak-anak yang suka sangat mandi-manda tu, mak ayah boleh cuba bawa mereka bersantai di sini.
Bukan je menyediakan kelengkapan selasa, di sini juga terdapat halaman yang luas dan mini zoo. Lagi best, di sini juga ada disediakan kolam memancing untuk kaki pancing! Sambil memancing sambil healing dengan anak-anak.
5. Terra Homes, Cyberjaya
Penginapan paling bajet yang korang boleh cuba adalah di Terra Homes, Cyberjaya. Bilik yang disewakan di sini bermula dengan harga RM100 je untuk satu malam.
Di bilik dilengkapi dua katil bersaiz queen, kabinet dapur yang dilengkapi kelengkapan memasak, televisyen dengan kemudahan wifi dan Netflix sekali tau.
Tetapi harus diingatkan harga mungkin berubah mengikut waktu-waktu tertentu. Apa-apa pun sebelum nak menginap, korang haruslah memilih mengikut keselesaan dan poket korang ya!