Connect with us

Oh! Media

“Mulut Kau Vs Mulut Diva AA Dah Sama” – Azwan Ali Sokong Dan Puji Aaron Aziz, Minta Maki Jer Syamsul Yusof?

Untitled Design   1

Oh! Artis

“Mulut Kau Vs Mulut Diva AA Dah Sama” – Azwan Ali Sokong Dan Puji Aaron Aziz, Minta Maki Jer Syamsul Yusof?

Pengacara sensasi, Azwan Ali tampil memberi sokongan kepada pelakon, Aaron Aziz berkaitan isu namanya digugurkan dalam filem pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Menerusi video yang dimuat naik Kosmo Online, Aaron telah memberi amaran tegas kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad untuk tidak masuk campur dalam konflik berkenaan.

Difahamkan, Sharnaaz tiba-tiba tular di media sosial selepas meminta kedua pihak agar menghentikan pergaduhan dan menghormati bulan Ramadan.

IKLAN

Cakap dekat dia, tak payah masuk campur lah. Kepada yang tak terlibat dalam produksi, korang jangan bagi statement. Kalau nak masuk campur boleh jumpa saya dulu.

Selain itu, pelakon filem Ombak Rindu itu turut meminta agar Syamsul untuk memohon maaf kepada ibu bapanya terlebih dahulu.

Saya cakap secara umum lah, minta maaf dekat mak bapak dulu.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA memuji Aaron kerana berani memberi kenyataan pedas kepada kedua Sharnaaz dan Syamsul.

Azwan Ali

Bukan itu sahaja, pengacara berusia 57 tahun itu turut menyifatkan Aaron seakan-akan sama seperti dirinya dan memberi sokongan kepada pelakon berkenaan.

Sebelum ini, Syamsul telah mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan sebagai punca Aaron digugurkan daripada filem arahannya, The Original Gangster.

Kredit: Twitter Azwan Ali

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas