Connect with us

Oh! Media

Pengertian Nabi Isa Diangkat Ke Langit

Umum

Pengertian Nabi Isa Diangkat Ke Langit

SOALAN:
Dalam satu surah di dalam al-Quran ada menyebut bahawa Allah mengangkat Nabi Isa ke sisi-Nya. Adakah maknanya Nabi Isa sekarang berada di langit dengan Allah?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Ayat yang maksudkan ialah firman Allah Taala:

إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَىٰ إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ
“Ingatlah ketika Allah berfirman: “Wahai Isa, sseungguhnya Aku yang mengambilmu dan mengangkatmu kepada sisi-Ku.” (Al-Imran: 55)

Berkata Imam Abu Hayyan dalam tasfirnya:

:الرفع نقل من سفل إلى علو و {إلي} إضافة تشريف والمعنى إلى سمائي ومقر ملائكتي، وقد علم أن البارئ تعالى ليس في جهة، وقد تعلق بهذا المشبهة في ثبوت المكان لـه تعالى، وقيل إلى مكان لا يملك الحكم فيه في الحقيقة ولا في الظاهر إلا أنا بخلاف الأرض فإنه قد يتولى المخلوقون فيها الأحكام ظاهرا، وقيل إلى محل ثوابك، قال ابن عباس رفعه إلى السماء سماء الدنيا فهو فيها يسبح مع الملائكة.اهـ

“Bermula makna angkat itu ialah dari yang rendah kepada yang tinggi dan perkataan ‘kepada’ itu ialah kerana memuliakan iaitu bermakna kepada langit-Ku dan tempat tinggal para malaikat-Ku. Dan sesungguhnya telah diketahui bahawa Allah Taala tidak berada pada mana-mana pihak. Dan sesungguhnya bergantung dengan kesamaran ini pada menyabitkan tempat bagi Allah Taala.

Dan kata setengah ulama’ ertinya: ‘kepada tempat yang tidak memilik kekuasaan hukum padanya pada hakikat dan tidak pada zahir melainkan Aku. Bersalahan dengan bumi maka sesungguhnya memerintah padanya oleh perlbagai hukum yang zahir.’ Dan kata setengah ulama’: ‘kepada tempat ganjaranmu’. Berkata Ibnu Abbar r.a, ertinya mengangkat ke langit dunia dan baginda bertasbih bersama para Malaikat.”

Berkata Imam Abu Said Al-Mutawali:

وأما قوله تعالى {ورافعك إليَّ} معناه إلى كرامتي ورحمتي
“Dan adapun firman-Nya: ‘Dan mengangkatmu kepada sisi-Ku’, ertinya ialah kepada kemulian-Ku dan rahmat-Ku.” (Kitab Al-Ghunyah fi Usul Ad-Din)

Berkata Imam Fakhrurrazi:

والمشبهة يتمسكون بهذه الآية في إثبات المكان لله تعالى وأنه في السماء، وقد دللنا في المواضع الكثيرة من هذا الكتاب أي التفسير الكبير بالدلائل القاطعة على أنه يمتنع كونه تعالى في المكان فوجب حمل اللفظ على التأويل وهو من وجوه:
الوجه الأول: أن المراد إلى محل كرامتي، وجعل ذلك رفعا إليه للتفخيم والتعظيم ومثله قوله {إني ذاهب إلى ربي} وإنما ذهب إبراهيم صلى الله عليه وسلم من العراق إلى الشام.
الوجه الثاني: في التأويل أن يكون قوله {ورافعك إلي} معناه أنه يرفع إلى مكان لا يملك الحكم عليه فيه غير الله، لأن في الأرض قد يتولى الخلق أنواع الأحكام فأما السموات فلا حاكم هناك في الحقيقة وفي الظاهر إلا الله. اهـ. وقال الرازي أيضا في تفسيره: وأما قولـه تعالى {بل رفعه الله إليه} المراد الرفع إلى موضع لا يجري فيه حكم غير الله تعالى كقوله {وإلى الله ترجع الأمور} وقال تعالى {ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله} وكانت الهجرة في ذلك الوقت إلى المدينة وقال إبراهيم {إني ذاهب إلى ربي سيهدين}.اهـ

“Bermula kaum musyabbihah mereka berpegang dengan ayat ini pada menyabitkan tempat bagi Allah Taala bahawasanya Allah itu berada di langit. Dan sesungguhnya kami telah bentangkan banyak dalil pada banyak tempat dari kitab tafsir ini dengan dalil-dalil yang putus bahawa tertegah keadaan Allah itu berada pada tempat. Maka wajib ditanggung akan lafaz ini atas takwil iaitu dari beberapa wajah:

Wajah Pertama: Yang dikehendaki ayat ini ialah kepada tempat kemuliaan-Ku. Dan menjadikan demikian angkat itu sebagai angkat kepada tempat yang mulia itu kerana membesarkannya dan mengagungkannya.

Bandingan ayat ini ialah ayat إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي yang ertinya bahawa Nabi Ibrahim a.s pergi dari negeri Iraq ke negeri Syam.

Wajah Kedua: Pada takwil keadaan firman Allah ‘dan mengangkatmu kepada sisi-Ku’ maknanya sesungguhnya baginda diangkat kepada tempat yang tidak ada kekuasaan selain Allah di situ. Kerana di bumi telah berkuasa manusia dengan perlbagai peraturan. Maka adapun di langit tidak ada yang menghukum pada hakikat dan pada zahir selain Allah.”

Kesimpulannya adalah Nabi Isa a.s diangkat ke langit kerana memuliakannya dan bukan kerana Allah berada di langit bersama dengan baginda, kerana telah ijma’ ulama’ bahawa Allah itu tidak bertempat sama ada di langit atau di bumi.

Berkata Al-Imam Al-Faqih Muhammad bin Ahmad Al-Miliki:

وأما الاجماع فأجمع أهل الحق قاطبة على أن الله لا جهة له فلا فوق ولا تحت ولا شمال ولا خلف.اهـ
“Dan adapun ijma’, maka telah ijma’ oleh sekalian ahli haq atas bahawasanya Allah tiada pihak bagi-Nya sama ada pihak atas atau bawah atau kanan kiri atau depan belakang.” (Kitab Durr As-Samiin)

Berkata Imam Mutawali:

أما القول الأول: وهو قول جمهور العلماء- فيرى أصحابه أن معنى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرافِعُكَ إِلَيَّ أى قابضك من الأرض ورافعك إلى السماء بجسدك وروحك لتستوفى حظك من الحياة هناك.
“Adapun perkataan yang pertama iaitulah perkataan majoriti ulama’ makna ayat ‘sesungguhnya Aku mengambilmu dan mengangkatmu kepada sisi-Ku’ ertinya mengambil kamu (wahai Isa) di bumi dan mengangkatmu kepada langit dengan jasadmu dan rohmu supaya menyempurnakan bahagian kehidupanmu di sana.” (Kitab Tafsir Al-Basith)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas