Connect with us

Oh! Media

“Minta Maaf” – Saksi Kemalangan Dakwa Pemandu Volkswagen Beri Alasan ABS Kereta Rosak

Ohmedia kemalangan Ngeri

Oh! Tidak

“Minta Maaf” – Saksi Kemalangan Dakwa Pemandu Volkswagen Beri Alasan ABS Kereta Rosak

Saksi turut memuat naik rakaman dashcam kejadian memaparkan kereta Volkswagen dipandu laju.

Selepas tragedi kemalangan maut yang meragut nyawa remaja berusia 18 tahun di Kuala Terengganu, satu perkongsian di Facebook menarik perhatian ramai apabila seorang individu mendakwa sempat menenangkan bapa mangsa di lokasi kejadian.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Norharizan Hassan, dia menceritakan suasana pilu ketika berbual dengan bapa kepada mangsa yang disifatkan masih cuba mengawal emosi walaupun diuji dengan kehilangan anak lelaki sulungnya.

Mangsa anak sulung, bakal sambung belajar ke IPTA

Menurut perkongsian itu, mangsa merupakan anak sulung dalam keluarga dan mempunyai seorang adik perempuan.

IKLAN

Lebih menyentuh hati, mangsa dikatakan seorang pelajar cemerlang yang bakal menyambung pengajian ke universiti pada Jun 2026.

Norharizan turut mendakwa mangsa bekerja sambilan bagi membantu bapanya sementara menunggu kemasukan ke IPTA.

Dalam keadaan penuh hiba, si bapa didakwa meluahkan rasa sedih selepas anak lelakinya pergi dalam keadaan begitu tragis.

Saksi dakwa pemandu Volkswagen minta maaf

kemalangan
Kredit foto Facebook Sinar Harian

Dalam hantaran sama, Norharizan turut meluahkan rasa terkilan dengan alasan yang didakwa diberikan pemandu Volkswagen berwarna merah selepas kejadian.

Menurutnya, bapa mangsa ada bertanya mengapa kenderaan tersebut dipandu laju sebelum pemandu berkenaan didakwa menjawab meminta maaf dan memaklumkan sistem ABS keretanya rosak.

Pemandu VW meroh jawab, mintak maaf, abs kereta saya rosok, dah accident nak buat macam mana…

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya simpati terhadap keluarga mangsa, selain menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu di kawasan Losong.

Norharizan turut mengingatkan pengguna jalan raya agar memperlahankan kenderaan, lebih-lebih lagi kerana kawasan tersebut mempunyai sekolah rendah dan sering dilalui kanak-kanak.

Pssttt! Sayu membaca perkongsian ini, apatah lagi bila mengenangkan mangsa masih muda dan dikatakan sedang menanti peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Apa pun siasatan pihak berkuasa perlu dihormati, namun tragedi ini wajar menjadi peringatan besar kepada semua pengguna jalan raya. Jangan sesekali ambil mudah soal keselamatan kerana satu kecuaian boleh meragut nyawa orang lain dan menghancurkan sebuah keluarga.

Kredit: Facebook Norharizan Hassan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas