Connect with us

Oh! Media

Adi Putra Dedah Pernah Ditawar Rasuah Cecah RM20 Juta

Ohmedia adi putrajpeg

Oh! Artis

Adi Putra Dedah Pernah Ditawar Rasuah Cecah RM20 Juta

Adi Putra dedah pernah ditawar rasuah sehingga RM20 juta dan tetap pegang prinsip hidup sampai sekarang.

Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia pernah menerima cubaan sogokan dengan jumlah yang bukan kecil. Bukan ribu-ribu, tapi sampai mencecah RM10 juta hingga RM20 juta sepanjang bergelar anak seni.

Menurut laporan, tawaran tersebut bagaimanapun bukan melibatkan dunia lakonan, sebaliknya berkaitan urusan lain yang tidak dihuraikan secara terperinci. Adi turut mengakui perkara seperti itu semakin biasa berlaku dalam dunia sekarang.

Ada yang cuba melobi demi kepentingan sendiri

Kredit Foto Adi Putra

Adi berkata, terdapat pihak tertentu yang menggunakan pendekatan memujuk dan melobi untuk mendapatkan sesuatu kepentingan daripada dirinya. Malah, jumlah wang yang ditawarkan juga bukan biasa-biasa.

IKLAN

RM10 juta, RM20 juta pun ada. Sama juga macam filem Konspirasi ini, wang dihantar dari luar negara dengan jumlah besar. Tak logik zaman sekarang nak beri RM100 sahaja. Saya percaya perkara itu sudah jadi lumrah.- Katanya.

“Kalau hadiah itu berbeza.”- Adi Putra

Kredit Foto Adi Putra

Dalam masa sama, Adi mengakui cubaan menyogok dirinya bukan berlaku sekali dua. Namun, dia tetap akan melihat terlebih dahulu tujuan sebenar sesuatu pemberian itu sebelum menerimanya.

Ramai yang cuba merasuahkan saya, tapi saya tengok juga perspektif mereka. Adakah rasuah itu untuk menghalalkan cara atau sekadar hadiah? Kalau hadiah itu berbeza, tetapi kalau rasuah untuk menghalalkan cara, saya memang tidak akan terima.- Ujarnya.

Walaupun sedar isu rasuah agak sensitif untuk diperkatakan secara terbuka, Adi memilih untuk bercakap jujur kerana baginya itu adalah realiti yang sedang berlaku sekarang.

Pssttt! Kadang-kadang bila dengar jumlah duit sampai jutaan ringgit, memang ramai boleh gelap mata. Tapi apa yang penting sebenarnya adalah prinsip dan maruah diri. Duit boleh dicari, tapi kalau hilang kepercayaan dan nama baik, susah nak dapat balik korang.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas