Oh! Negara
Bapa Saudara Dakwa Fadhlina Sidek Minta Sekolah Tidak Beri Maklumat Kes Zara Qairina
Keluarga Zara Qairina dedah pertemuan dengan Fadhlina Sidek ketika berada di HQE tahun lalu.
Kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir memang terus jadi perhatian ramai sampai hari ini. Terbaru, Mahkamah Koroner didedahkan dengan satu pertemuan antara keluarga arwah dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika mereka berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Sabah tahun lalu.
Menurut bapa saudara arwah, Abu Bakar Lamat, Fadhlina sendiri memberi jaminan bahawa kes Zara Qairina tidak akan disembunyikan walaupun siasatan polis ketika itu masih berjalan.
Fadhlina Sidek beri jaminan kepada keluarga

Abu Bakar yang juga abang kepada ibu arwah berkata, pertemuan itu berlaku ketika keluarga sedang menunggu urusan tuntutan jenazah di bahagian forensik hospital.
Katanya, keluarga sempat memaklumkan kepada Fadhlina mengenai dakwaan kejadian buli di sekolah dan berharap siasatan dilakukan secara telus.
Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa kes ini tidak akan disembunyikan, namun pihak sekolah diarahkan untuk tidak memberikan sebarang maklumat termasuk kepada waris kerana siasatan polis masih berjalan.- Katanya.
Difahamkan, Fadhlina turut memberi kata-kata semangat dan sumbangan peribadi kepada keluarga arwah ketika pertemuan itu berlangsung.
Zara Qairina rapat dengan ibunya sejak kecil

Dalam masa sama, Abu Bakar turut berkongsi hubungan rapat antara Zara dan ibunya, Noraidah Lamat yang disifatkan sangat baik sejak kecil lagi.
Berdasarkan pemerhatian saya, hubungan antara Zara dan ibunya amat baik dan rapat sejak kecil.
Zara kelihatan sangat selesa bersama ibunya dan hubungan mereka lebih seperti seorang ibu dan sahabat rapat.- Katanya.
Menurutnya, Zara juga sering berkongsi cerita dan masalah dengan ibunya selain tidak pernah menunjukkan rasa takut atau menjauhkan diri daripada keluarga.
Pernah kongsi pengalaman tak selesa di asrama

Abu Bakar turut memberitahu mahkamah bahawa Zara pernah berkongsi beberapa pengalaman ketika tinggal di asrama termasuk perkara yang membuatkan dirinya tidak selesa.
Zara juga pernah berkongsi bahawa beliau berasa marah dan tidak selesa kerana terdapat seorang kawannya yang menyentuhnya semasa dia sedang tidur.- Katanya.
Selain itu, Zara juga pernah bercerita mengenai pelajar yang diminta turun mengambil air panas pada waktu tengah malam untuk makan ramen bersama-sama.
Pssttt! Bila melibatkan kes kehilangan macam ni, memang ramai yang mahukan jawapan sebenar. Apa pun, korang elakkan terus buat tuduhan melulu dan biar siasatan berjalan dengan telus supaya semua pihak dapat keadilan sewajarnya.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.