Oh! Tidak
“Dahlah Tak Handsome, Bod*h Pula Tu” – Gara-Gara Kenyataan Ini, Wak Doyok Dikecam Netizen
Wak Doyok dikecam label Haroqs tidak kacak dan bodoh.
Tular di Threads apabila personaliti fesyen, Wak Doyok menerima kecaman selepas meninggalkan komen kasar terhadap sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs.
BACA: “Pantai Malaysia Tak Ada Siapa Peduli” – Netizen Bersuara Isu Haroqs Campak Coklat Ke Laut
Isu itu dipercayai berkait dengan perkongsian Haroqs sebelum ini yang mencampak gula-gula atau coklat di laut dengan harapan ianya sampai kepada kanak-kanak di Gaza.
Netizen tegur komen kasar Wak Doyok
Seorang pengguna Thread menegur kata-kata yang dilemparkan terhadap Haroqs sambil menitipkan sokongan buat sukarelawan tersebut.

Dalam hantaran sama, individu itu turut memaparkan semula komen Wak Doyok yang didakwa ditujukan kepada Haroqs.
Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai apabila ada netizen yang tampil mempertahankan Haroqs dan mempersoalkan cara teguran Wak Doyok.
Seorang pengguna turut menyentuh keberanian Haroqs menyertai misi Sumud sebanyak dua kali, tidak seperti segelintir orang yang hanya menegur tanpa adab.

Terdahulu, Haroqs menjadi perhatian selepas memuat naik video mencampakkan beberapa coklat ke laut.
Walaupun tindakannya menerima pelbagai reaksi, dia kemudian tampil memohon maaf sekiranya perbuatan itu dianggap tidak sopan atau boleh mencemarkan kehidupan laut.
Pssttt! Teguran boleh dibuat, tetapi biarlah dengan cara yang beradab. Dalam isu tular, setiap kata-kata mudah jadi perhatian dan mencerminkan diri sendiri.
Kredit: Thread farraura
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM