Connect with us

Oh! Media

“Nak Menjatuhkan Ke Apa, Tak Pasti” – Haqiem Stopa Tak Kenal Individu Sebar Laporan Kes Di Tangga

Ohmedia haqiem Stopa

Trending

“Nak Menjatuhkan Ke Apa, Tak Pasti” – Haqiem Stopa Tak Kenal Individu Sebar Laporan Kes Di Tangga

Haqiem Stopa respon isu laporan polis tular dan persoal motif individu yang menyebarkannya.

Nama pempengaruh Haqiem Stopa kembali menjadi perhatian selepas tular satu dakwaan mengejutkan di Thread.

Dalam dakwaan itu, turut disertakan laporan polis mengenai kejadian yang berlaku. Terbaru, Haqiem menerusi hantaran di Instagram Story tampil memberi respon.

Haqiem tak tahu motif posting dimuat naik

Pempengaruh ini mempersoalkan tindakan individu yang memuat naik perkara tersebut menggunakan akaun palsu.

IKLAN
haqiem stopa
Kredit Instagram Haqiem Stopa

Menurut Haqiem, dia tidak mengenali individu berkenaan dan tidak pasti apa tujuan sebenar hantaran itu dibuat.

Assalammualaikum, ada sikit je benda nak beritahu. Yang pertama sekali, saya tak tahu siapa yang post. Saya tak kenal pun awak dan awak post apa. Yang kedua, tujuan awak apa upload? Sedangkan awak pakai fake account. Awak pun tak tunjuk diri awak. Awak tak tunjuk akaun awak yang sebenar. So, apa motif? Motif awak post, untuk apa? Dengan fake accountnya, motif apa saya tak tahu dan saya tak kenal awak. Awak pakai akaun tipu, tak tahu motif apa.

Dalam perkongsian sama, Haqiem turut mendakwa akaun yang membuat hantaran itu telah menyekatnya. Katanya, perkara tersebut membuatkan dia sendiri tidak dapat melihat apa yang dimuat naik oleh individu terbabit.

Sekadar nak menjatuhkan ke apa, saya tak pasti. Lepas tu, kenapa awak block saya? Awak buat postingan tu, tapi awak block saya? Saya tak boleh tengok apa yang awak post, tapi saya nak tengok. So, kenapa awak block saya?

Haqiem bagaimanapun berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut kerana sedang cuba memulakan semula kehidupannya.

Tambahnya lagi, dia juga tidak begitu mengingati butiran berkaitan isu yang ditularkan itu.

Selain daripada tu, tak tahulah, saya pun taknak ambil port sangatlah. Saya baru je nak mulakan balik segala benda. Cerita pun tak tahulah, bulan berapa saya tak ingat dah. Tak ingat dah dalam tu dia tulis bulan berapa. So media pun sama nak upload gambar saya tolong pakai handsome sikit.

Terdahulu, satu salinan laporan polis yang mengaitkan nama Haqiem tular di media sosial dan menjadi perbualan netizen.

View on Threads

Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi lanjut daripada pihak berkuasa mengenai perkembangan perkara tersebut.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi melampau memandangkan isu itu melibatkan dakwaan yang belum diputuskan oleh pihak berwajib.

Pssttt! Dalam isu tular seperti ini, semua pihak sebaiknya lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kesimpulan. Walaupun media sosial bergerak pantas, dakwaan yang belum disahkan tidak wajar dijadikan bahan kecaman melampau. Lebih baik tunggu penjelasan rasmi daripada pihak berkaitan supaya keadaan tidak menjadi semakin keruh.

Kredit: Instagram Haqiem Stopa
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas