Oh! Artis
Zara Zya Dedah Ada VVIP Ajak ‘Check-In’ Dan Pelakon Lelaki Suka Meraba
Zara Zya kongsi pengalaman menakutkan apabila hampir jadi mangsa gangguan seksual dalam industri seni.
Memang mengejutkan bila pelakon Zara Zya tampil berkongsi pengalaman hitam yang pernah dilalui sepanjang berada dalam industri hiburan. Mungkin ini kebiasaan yang pasti akan dilalui anak seni agaknya.
Menerusi temu bual bersama Nona TV3, Zara mendedahkan dia pernah hampir menjadi mangsa gangguan seksual selepas terlalu mempercayai individu yang kononnya mahu berbincang soal kerja dan tawaran skrip.
Zara Zya dipelawa bincang kerja tapi jadi lain

Menurut Zara, individu terbabit pada awalnya mengajak dia keluar atas urusan kerja sebelum membawa mereka ke pusat karaoke. Disebabkan terlalu percaya, dia ikut sahaja tanpa menyangka perkara buruk boleh berlaku.
Mula-mula kata nak bincang fasal kerja, skrip pun sudah ada. Bila ajak pergi karaoke, saya pergi sebab terlalu percayakan orang.
Tapi dia suruh kawan saya keluar dan minta saya buka baju. Saya terus cari alasan untuk keluar dari situ dan tak kembali semula.- Dedahnya.
Individu terbabit bagaimanapun cuba mencara Zara tetapi dia bertindak untuk menyekat terus nombor dan lari keluar.
Ingat makan biasa rupanya ada VIP tunggu

Bukan itu sahaja, Zara juga mendakwa dirinya pernah diperdaya untuk hadir ke satu perjumpaan yang pada awalnya disangka sekadar makan biasa bersama kenalan.
Namun, keadaan bertukar menyeramkan apabila dia mendapati ada lelaki VIP yang sedang menunggu di dalam bilik. Lebih mengecewakan, situasi itu dikatakan melibatkan rakan artis sendiri.
Saya ingatkan sekadar makan-makan biasa, rupanya memang ada lelaki VIP yang menunggu untuk masuk ke bilik.
Saya tak mahu tetapi mereka juga tak mahu hantar saya keluar. Dia ingat saya macam dia. Lama juga saya cuba lepaskan diri, situasi itu memang menakutkan.- Katanya.
Pernah kena ganggu secara fizikal

Dalam masa sama, Zara turut berkongsi dia pernah berdepan gangguan fizikal daripada beberapa individu dalam industri hiburan. Walaupun pernah ditawarkan bantuan untuk membela nasibnya, dia memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut.
Ada juga tawaran diri untuk membela tapi saya tak mahu terlibat sampai ke tahap itu. Walaupun jatuh bangun dalam industri, saya tetap pilih cara yang baik.
Ada artis yang tahap menggatal dan cuba meraba, cuba nak makan saya tapi bila jumpa sekarang, mereka buat-buat tak kenal atau terus mengelak.- Dedahnya lagi.
Pssttt! Kadang-kadang dunia luar ni tak seindah yang kita sangka. Korang pun kena sentiasa berhati-hati walaupun dengan orang yang nampak baik atau dikenali. Kalau rasa situasi dah pelik, jangan paksa diri untuk kekal dekat situ.
Kredit: Nona TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.