Connect with us

Oh! Media

Remaja 18 Tahun Maut Dalam Kemalangan Ngeri, Tiang JKR Tertembus Masuk Ke Dalam Van

Ohmedia kemalangan Ngeri

Oh! Tidak

Remaja 18 Tahun Maut Dalam Kemalangan Ngeri, Tiang JKR Tertembus Masuk Ke Dalam Van

Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang JKR.

Tragedi menyayat hati berlaku di Kuala Terengganu apabila seorang remaja berusia 18 tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan van.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa, Wah Han Keong, yang berada di bahagian penumpang hadapan van disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dipercayai putus kepala.

Kereta terbabas sebelum masuk laluan bertentangan

Kredit foto Facebook Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor memaklumkan siasatan awal mendapati kemalangan tersebut membabitkan sebuah Volkswagen Golf GTI dan sebuah Nissan Vanette.

IKLAN

Volkswagen Golf GTI yang dipandu lelaki berusia 43 tahun dari arah Bandar Kuala Terengganu menghala ke Muzium Losong.

Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang JKR.

kemalangan
Kredit foto Facebook Sinar Harian

Impak pelanggaran itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan van yang dinaiki mangsa.

Tiang JKR yang dilanggar turut terjatuh dan tertembus masuk ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan.

Dalam kejadian sama, pemandu van berusia 49 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menaiki Volkswagen Golf GTI dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, empat lagi penumpang kereta termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pssttt! Pemergian mangsa dalam keadaan sebegini pasti meninggalkan kesan mendalam buat ahli keluarga. Salam takziah diucapkan kepada keluarga Wah Han Keong dan semoga mereka diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini.

Dalam masa sama, tragedi ini wajar menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu kerana sekelip mata sahaja, nyawa boleh melayang.

Kredit: Sinar Harian | Facebook Norharizan Hassan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas