Oh! Negara
Identiti ‘Pablo Mr A’ Dikesan, 54 Anggota Polis Juga Kantoi Kes Dadah
Polis Kedah sahkan ‘Mr A’ sudah ditukar serta-merta, 54 anggota dan pegawai pula ditahan berkaitan dadah sejak 2023.
Isu pasal ‘Mr A’ ataupun ‘Pablo Langkawi’ yang didakwa jadi dalang rangkaian pengedaran dadah dekat pulau tu akhirnya mula dapat perhatian serius apabila Polis Kedah sendiri tampil beri penjelasan rasmi.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah mengesahkan anggota polis terbabit sudah ditukar serta-merta atas kepentingan awam. Tapi katanya, tindakan itu bukan sebab nak lindungi sesiapa, sebaliknya bagi memudahkan siasatan dijalankan dengan lebih teliti.
Polis beri amaran takkan lindungi anggota sendiri

Menurut Adzli, pihak polis takkan berkompromi kalau ada pegawai atau anggota sendiri yang terlibat dengan dadah sama ada penagihan ataupun pengedaran.
Dalam masa sama, beliau jelaskan siasatan kes dadah bukan boleh dibuat terburu-buru sebab perlu ada bukti kuat dan saksi yang benar-benar boleh dipercayai sebelum tindakan lanjut diambil.
Bukan itu je, polis turut dedahkan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Bagok’ yang dikaitkan dalam carta tular isu dadah dekat Langkawi sebenarnya dah dua kali ditahan tahun ini.
Lelaki berusia 47 tahun dari Kampung Kelibung itu kali pertama ditahan pada 11 April lalu selepas ujian air kencing didapati positif dadah walaupun tiada bahan terlarang ditemui ketika serbuan dibuat.
Terbaru tiga hari lalu, kita tangkap dia sekali lagi dan ujian saringan air kencing juga positif methamphetamine.- Katanya.
Lagi mengejutkan bila 54 anggota polis turut ditahan

Apa yang buat ramai terkejut bila Polis Kedah dedahkan seramai 54 pegawai dan anggota polis ditahan kerana terlibat dengan penagihan dadah sejak tahun 2023 sampai April lepas.
Daripada jumlah itu, 38 individu dah pun dituduh di mahkamah dan digantung tugas manakala tiga lagi masih dalam tindakan lanjut.
Sebelum ni, Harian Metro pernah dedahkan kewujudan semula rangkaian pengedaran dadah dekat Langkawi selepas kematian Pablo Escobar Langkawi, Mat Nahar enam tahun lalu. Kali ni, nama ‘Mr A’ pula muncul dan dikatakan jadi individu yang menggerakkan sindiket tersebut.
Pssttt! Bila dengar kes macam ni, memang ramai mula risau sebab ia melibatkan pihak yang sepatutnya jaga keselamatan rakyat. Ohmedia harap siasatan dibuat secara telus dan kalau betul ada yang terlibat, tindakan tegas memang wajib diambil tanpa pilih kasih.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM