Oh! Artis
“Semua Sakit Hilang” – Eyka Farhana Dedah Nama Anak Sulung, Muhammad Luay Khayr
Muhammad Luay Khayr selamat dilahirkan secara normal pada 16 Mei 2026.
Pelakon Eyka Farhana berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 16 Mei 2026.
Momen paling indah itu dikongsikan Eyka menerusi satu hantaran di Instagram, sekali gus memperkenalkan nama anak lelakinya kepada umum.
Eyka Farhana pilih Nnama Muhammad Luay Khayr
Dalam perkongsian tersebut, Eyka mendedahkan bayi lelakinya diberi nama Muhammad Luay Khayr bin Muhammad Akhyar.
Lebih menyentuh hati, Eyka turut meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya itu selamat dilahirkan secara normal pada 16 Mei 2026.
Menurut Eyka lagi, semua kesakitan yang dirasai hilang sebaik dia melihat wajah anak pertamanya itu.

Perkongsian itu nyata mencuri perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis, peminat dan pengikut Instagramnya.
Pssttt! Tahniah diucapkan buat Eyka Farhana dan Akhyar Rashid atas kelahiran anak sulung mereka, Muhammad Luay Khayr. Semoga si kecil membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan terus menjadi penyeri dalam keluarga kecil ini.
Kredit: Instagram Eyka Farhana
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM