Connect with us

Oh! Media

Hukum Tanam Jenazah Di Tanah Persendirian

Umum

Hukum Tanam Jenazah Di Tanah Persendirian

SOALAN:
Adakah afdhal ditanam akan mayat pada tanah perkuburan atau pada tempat tinggalnya jika ada kawasan sebagaimana dilakukan kepada Nabi saw yang ditanam di rumah baginda?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Menanam mayat itu hukumnya fardhu kifayah dan bermula menanamnya di tanah perkuburan adalah lebih afdhal dari tempat yang lain kerana mengikut amalan terdahulu dan supaya mencapai akan doa orang yang datang ziarah.

Hanyasanya ditanam akan Nabi saw di rumahnya kerana ia adalah dikhususkan bagi segala Nabi a.s sesungguhnya para Nabi itu ditanam di tempat mana mereka wafat.

Berkata Imam Nawawi:

بَابٌ: الدَّفْنُ… أَنَّهُ فَرْضُ كِفَايَةٍ، وَيَجُوزُ فِي غَيْرِ الْمَقْبَرَةِ، لَكِنْ فِيهَا أَفْضَلُ، فَلَوْ قَالَ بَعْضُ الْوَرَثَةِ: يُدْفَنُ فِي مِلْكِهِ، وَبَعْضُهُمْ: فِي الْمَقْبَرَةِ الْمُسَبَّلَةِ دُفِنَ فِي الْمُسَبَّلَةِ] اهـ
“Bab Menanam Mayat: Sesungguhnya ia adalah fardhu kifayah. Harus menanam mayat pada selain tanah perkuburan akan tetapi di tanah perkuburan itu lebih afdhal. Jika sebahagian waris mahu menanamnya di tanah milik sendiri manakala sebahagian waris yang lain mahu menanamnya di tanah perkuburan orang ramai maka ditanam akan dia di tanah perkuburan orang ramai.” (Kitab Raudhah At-Thalibin jilid 2 m.s. 131)

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

[(بَابُ الدَّفْنِ) لِلْمَيِّتِ، (وَهُوَ فِي الْمَقْبَرَةِ أَفْضَلُ) مِنْهُ فِي غَيْرِهَا؛ لِلِاتِّبَاعِ، وَلِنَيْلِ دُعَاءِ الطَّارِقِينَ، وَفِي أَفْضَلِ مَقْبَرَةٍ بِالْبَلَدِ أَوْلَى، وَإِنَّمَا دُفِنَ صلى الله عليه وآله وسلم فِي بَيْتِهِ؛ لاخْتِلافِ الصَّحَابَةِ فِي مَدْفَنِهِ، وَلأَنَّهُمْ خَافُوا مِنْ دَفْنِهِ فِي بَعْضِ الْمَقَابِرِ التَّنَازُعَ فِيهِ فَتَطْلُبُ كُلُّ قَبِيلَةٍ دَفْنَهُ عِنْدَهُمْ، وَلأَنَّ مِنْ خَوَاصِّ الأَنْبِيَاءِ أَنَّهُمْ يُدْفَنُونَ حَيْثُ يَمُوتُونَ] اهـ
“Bab Menanam Mayat: Dan ialah afdhal ditanah perkuburan dari di tempat yang lain kerana mengikut orang terdahulu dan supaya tercapai akan doa orang yang lalu di situ. Dan tanah perkuburan di negerinya lebih afdhal. Hanya ditanam akan Nabi saw di rumahnya kerana berlaku pendapat dikalangan sahabat r.a pada tempat tanamnya. Dan juga mereka bimbang jika menanamnya pada sesetengah tanah perkuburan maka terjadi pertelingkahan kabilah-kabilah kerana masing-masing mahu ditanam di tanah mereka. Dan dari kerana ia adalah keistimewaan para Nabi a.s sekira-kira ditanam ditempat mereka wafat.” (Kitab Asnal Mathalib jilid 1 m.s 324)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas