Connect with us

Oh! Media

“Alhamdulillah, Keluarga Bagi Restu…” – Alif

Umum

“Alhamdulillah, Keluarga Bagi Restu…” – Alif

Kalau kita nak buat sesuatu mestilah kita nak minta restu daripada mak ayah kita dulu kan supaya nanti segala urusan kita dipermudahkan. Doa mak ayah untuk anak-anak ni biasanya memang powerful gais. Mesti termakbul doa diorang tau!

ADVERTISEMENT

Tengok macam Alif, nak bekerja pun dia minta restu daripada mak ayah dia dan terpaksa ulang alik dari Singapura dan Malaysia demi mencari rezeki yang halal untuk keluarganya. Bagus Alif ni.


Yang paling best, isteri Alif, Azzah Fariha sekarang tengah mengandung anak keduanya yang kini berusia kandungan hampir lima bulan. Alif berkata walaupun rezeki dia makin bertambah, tanggungjawabnya pun bertambah.

Demi kerja, saya kini kerap ulang-alik Malayisa-Singapura. Alhamdulillah, keluarga bagi restu untuk saya mencari rezeki di sini dan saya sangat hargai mereka. Mereka adalah yang terbaik dan merupakan antara penyebab saya mampu melakukan yang terbaik untuk industri muzik sehingga ke hari ini. Jika mereka tidak mengizinkan atau suruh balik, saya pasti akan pulang. Tetapi saya rasa sangat bersyukur kerana mereka memberi kebenaran kepada saya untuk menolong membantu industri. Insya-Allah, selagu saya mampu, selagi ada daya dan tenaga, saya akan buat. Alhamdulillah, isteri saya sedang hamil anak kedua. Usia kandungan kini sudah mencecah hampir lima bulan. Benar kata orang, rezeki bertambah maka tanggungjawab pun bertambah. Saya syukur dengan apa yang saya miliki sekarang. Jika berbicara mengenai keluarga, paling lama saya tinggalkan rumah mungkin dalam tempoh sebulan lebih. Itu pun saya dah rasa hampir gila.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas