Oh! Artis
Video Raya Terakhir Arwah Nabil Zamanhuri Tunjukkan Kasih Sayang Seorang Ayah
Satu video menunjukkan momen sambutan hari raya terakhir Allahyarham Nabil Zamanhuri kembali mencuri perhatian netizen.
Dalam video tu, Nabil dilihat tenang dan lembut melayan kedua-dua orang anaknya dengan penuh kasih sayang.
Video tersebut itu difahamkan dikongsi oleh ibu arwah, Fatimah Abdullah.
Sebelum ini, Fatimah mengesahkan anaknya itu meninggal dunia kerana serangan jantung berdasarkan hasil siasatan post mortem oleh pihak hospital.
Bekas penyanyi dan juga personaliti TV itu sebelum ini dilaporkan meninggal dunia pada bulan Mei lalu akibat serangan jantung.
Fatimah juga memaklumkan bahawa ia berkemungkinan akibat tekanan termasuklah cara pemakanan yang tidak seimbang dan teratur.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mendoakan kesejahteraan Nabil di alam sana dan turut merasa sebak melihatkan video tersebut.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM