Connect with us

Oh! Media

5 Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Peniaga Online

Umum

5 Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Peniaga Online

Dunia hari ini, membeli belah secara atas talian memang mendapat sambutan dan lebih mudah maka perniagaan online tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Namun, ada beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh para peniaga online untuk memulakan peniagaan mereka. 

ADVERTISEMENT

1. Cuba untuk mewujudkan laman web yang sempurna

Kebanyakkan peniaga atas talian (online) sanggup berbelanja besar sehingga membazir bagi mewujudkan laman web yang sempurna, namun sebenarnya perkara ini tidak semestinya diperlukan. 

Bukan sekadar korang akan menghabiskan banyak masa dan wang untuk menubuhkan laman web yang sempurna, malah mengurangkan aliran wang dengan cepat. Sepatutnya, ia boleh dilakukan secara berperingkat selepas memulakan perniagaan. 


2. Produk Yang Bukan Sasaran Keperluan Pembeli


Sebelum memulakan perniagaan, korang harus memikirkan produk yang terbaik dan yang paling penting menjadi sasaran pembeli bagi menyelesaikan keperluan mereka. 

Walaupun pelbagai produk baru dilancarkan setiap hari. Kenalpasti setiap keperluan pelanggan  supaya perniagaan korang tetap menjadi sasaran.


3. Bazirkan Wang Untuk Seach Engine Marketing (SEM)

Seach Engine Marketing (SEM) adalah memeningkan ramai peniaga online. Kerana kaedah ini tidak memberi jaminan dalam jangkamasa panjang untuk perniagaan korang akan terus mendapat sambutan padahal korang telah memperuntukan bajet yang besar untuknya.

Sepatutnya wang itu boleh digunakan untuk saluran pemasaran yang lain contohnya melalui email atau media sosial.

4. Mahu Untung Yang Lumayan


Setiap yang berniaga pasti mahukan keuntungan. Namun harus diingat, pada awal perniagaan jangan letakkan keuntungan lumayan maktamat utama. Sebaliknya, perkukuhkan perniagaan dan cipta kepercayaan pembeli sebaik mungkin walaupun untung tidaklah sebesar mana.

Apabila sudah mendapat kepercayaan pembeli, sudah tentu ia akan menjadi buah mulut dan akan mencipta ramai lagi pelanggan yang baru mahupun berulang. Dari situ, keuntungan sudah pasti akan bertambah dari masa ke semasa.

 5. Tidak Mendengar Permintaan Pelanggan


Sebagai peniaga online, salah satu cara untuk menambat hati pembeli adalah dengan memberi respon / maklum balas dengan cara yang terbaik untuk setiap pelanggan. Dengar setiap apa yang dikatakan oleh pelanggan dan cuba tanggangi setiap perkara dengan cara yang baik dan manis. 

Usahawan Internet, Tahu Apa Itu Moomol?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas