Connect with us

Oh! Media

pukul isteri

Trending

Lelaki Dalam Video Viral Tak Mengaku Bersalah Pukul Isteri, Minta Jaminan Dikurangkan

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang lelaki memukul isterinya selepas kantoi curang di sebuah hotel terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan.

BACA: Polis Siasat Kes Suami Curang Belasah Isteri Lepas Kantoi ‘Check In’ Di Port Dickson

IKLAN

Terbaru, tertuduh yang merupakan seorang juruteknik mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh Mohd Ridwan Mat Nasir didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya yang boleh dihukum mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan.

Kejadian itu didakwa dilakukan pada 24 Mei 2024, jam lebih kurang 9.50 pagi di sebuah hotel di Port Dickson.

pukul isteri

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sampai enam bulan atau dengan denda maksimum RM2,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Dalam prosiding itu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Nor Asiah Mahmud mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Namun, tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, A Krishnaveni memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,500 dengan alasan dia hanya bekerja sebagai juruteknik.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes 23 Julai ini dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas