Oh! Artis
“Satu Fitnah Yang Menjijikkan, Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan” – Hafidz Roshdi
Pelakon Hafidz Roshdi tampil menafikan dakwaan yang dibuat bekas isteri kononnya dia liat membayar nafkah anak-anak.
BACA: “Jangan Asyik Berseronok Je” – Liat Bayar Nafkah Anak, Shuhada ‘Sekolahkan’ Hafidz Roshdi
Hafidz berkata, dia tidak mampu lagi berdiam diri dengan tuduhan tidak benar itu kerana ianya telah mengganggu periuk nasinya.
Dia terpaksa tampil mempertahankan haknya demi menjaga nafkah anak-anak. Aktor ini menganggap tuduhan yang dilemparkan adalah fitnah jijik dan pelaku seharusnya malu dengan perbuatannya itu.

Jelasnya lagi, dia mempunyai rekod transaksi bayaran dan bersedia untuk menggunakan bukti itu dalam tindakan susulan.

Hafidz Roshdi menegaskan dia sudah membayar dan akan berusaha keras untuk menambah nafkah wajib anak-anak tanpa culas dan mengelakkan daripada tertunggak.
Kredit: Instagram Hafidz Roshdi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM