Connect with us

Oh! Media

hafidz roshdi

Oh! Artis

“Alhamdulillah, Isteri Saya Faham..” – Hafidz Roshdi Sedih Difitnah Tapi Tak Terfikir Nak Saman Sesiapa

Pelakon, Hafidz Roshdi masih menerima berbagai fitnah dan kecaman sehingga hari ini walaupun hanya meneruskan kehidupan seperti biasa dengan isterinya, Athira Yuhada.

Terbaru, timbul pula dakwaan mengatakan isterinya itu sedang sarat mengandung tetapi Hafidz memilih untuk tidak menjawab apa-apa.

IKLAN

Kata Hafidz, dia belum bersedia untuk berkongsi berita tersebut kepada umum. Hafidz bagaiamnapun menyatakan tidak akan sembunyikan berita gembira itu selain meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Buat masa ini, saya belum bersedia berkongsi. Kalau ada saya tak akan sembunyikan, mungkin orang ramai boleh nampak sendiri perubahan isteri saya di media sosial.

Perkongsian gambar mesra bersama isteri sering mendapat kecaman…

Sementara itu, Hafidz berkata dia tidak mengambil tahu mengenai kecaman yang diterimanya apabila dia dan isteri kerap memuat naik foto dan video bersama di media sosial.

Saya akan cuba kurangkan. Suka atau tidak, ini adalah asam garam perlu dilalui sebagai selebriti.

Alhamdulillah, isteri faham dan tak melatah apabila turut menjadi mangsa. Lagi pun saya tak baca komen dan dah hampir setahun tutup ruangan komen di media sosial.

Ibu bapa Hafidz Roshdi turut terima keceman…

Bagi saya, kalau orang sudah tak suka memang akan tetap tak suka, jadi tiada guna saya bersoal jawab dengan mereka.

Ini adalah lumrah kehidupan, tak semua orang suka, ia tak sedikit pun mempengaruhi saya untuk tinggalkan bidang lakonan.

Hafidz bagaimanapun tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang.

BACA: Shuhada Shukri Dedah Sesuatu Mengejutkan, Chat Luc*h Punca Cerai?

Sebelum ini, bekas isteri Hafidz iaitu Shuhada turut mendedahkan banyak perkara berkait dirinya. Apapun, kita doakan sahaja agar Hafidz dan isteri dipermudahkan segala urusan.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas