Connect with us

Oh! Media

15 Sebab Mengapa Ultras Malaya ‘Naik Angin’

Umum

15 Sebab Mengapa Ultras Malaya ‘Naik Angin’

Gambar oleh Ahmad Junaidi

Kekalahan yang amat memalukan negara 10 – 0 dengan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UEA) mengundang kecaman hebat dalam industri bola sepak negara.

ADVERTISEMENT

Tak cukup dengan itu, para penyokong turut mengamuk di Stadium Shah Alam ketika berlangsungnya perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi sehingga menyebabkan pelawanan terpaksa ditamatkan dengan lebih awal.

Berikut beberapa sebab dikatakan menjadi penyebab Ultras Malaya “naik angin”.

1. Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah 35 tahun yang lepas.

2. Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah 35 tahun yang lepas.

3. Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol namun dibolosi 12 kali, sekali gus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol namun dibolosi 17 kali, sekali gus terperosok di dasar kumpulan kelayakan, di bawah Timor-Leste.

7. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

8. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Ranking Malaysia telah menjunam ke kedudukan ke-33 Asia.

9. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia, namun kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan terburuk iaitu ke-169 dunia.

10. Ranking Malaysia kini berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

11. Ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

12. Liga bola sepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

13. Tindakan FAM menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk tiga hari perlawanan dalam tempoh singkat tujuh hari, untuk membenarkan perlawanan menentang kelab-kelab luar.

14. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM didakwa tidak pernah membentangkan penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

15. Dan terbaharu, kekalahan terburuk Malaysia dalam sejarah bola sepak negara, iaitu 0-10 kepada UAE minggu lalu.

+ Astro Awani

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas