Connect with us

Oh! Media

Jutawan Egypt Mahu Beli Pulau Untuk Pelarian Syria

Umum

Jutawan Egypt Mahu Beli Pulau Untuk Pelarian Syria

ADVERTISEMENT

Mulia sungguh hati seorang jutawan Egypt, Naquib Sawiris yang mahu mengunakan wangnya sendiri untuk membeli sebuah pulau bagi menempatkan pelarian Syria dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

Beliau bersedia memberi perlindungan kepada ribuan pelarian di pulau yang akan dibeli dengan harga kira-kira 10 hingga 100juta samaada Greece atau Italy.

Menariknya, pulau yang akan dibeli itu bakal dinamakan bersempena kanak-kanak lelaki Syria 3 tahun, Alan Kurdi yang mati lemas ketika bot yang dinaiki karam di perairan Turkey. Ibu dan abang Alan turut maut dalam kejadian itu.

Walaupun menyediakan tempat tinggal buat para pelarian tersebut, mereka bebas untuk kembali ke tempat asal jika mereka mahukan pada bila-bila masa sahaja.

Menurut jutawan yang berhati mulia ini, dia turut akan membina perumahan, hospital, university dan hotel turut akan dibangunkan di pulau tersebut.

“Apa yang saya perlukan adalah persetujuan orang di pulau tersebut dan selepas itu tiada apa lagi yang saya mahukan. Saya akan bayar mereka, menyediakan peluang pekerjaan, dan menjaga logistik. Saya tahu saya boleh lakukannya.”

Naguib merupakan ahli perniagaan yang terkenal di Egypt dan memegang jawatan presiden Orascom TMT iaitu syarikat rangkaian telefon mudah alih dan rangkaian komunikasi dalam air terbesar di Mesir.

Kehidupan peribadi Naquib iaitu beliau telah berkahwin, mempunyai empat orang anak dan kini menetap di Cairo. Naguib tersenarai ditangga 544 terkaya di dunia.

OHMEDIA: SEMOGA RAMAI LAGI INSAN BERHATI MULIA SEPERTI BELIAU.

——————————————————–
https://www.facebook.com/ohperfumenista

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas