Trending
“Saya Juga Mangsa” – Rafidah Ibrahim Mengaku Politikkan Isu Zara Qairina, Tampil Mohon Maaf
Jelas Rafidah, dia ada sebab berpolitik di solidariti #JusticeforZara
Pelakon Rafidah Ibrahim tampil memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan ucapannya semasa perhimpunan solidariti untuk Allahyarham Zara Qairina di Kuala Lumpur.
BACA: Rafidah Ibrahim Dikecam Selit Agenda Politik Ketika Solidariti Zara
Menurut Rafidah, itu adalah caranya berjuang untuk memberi tekanan kepada kerajaan seperti mana rakyat yang lain.
Rafidah akui berpolitik, anggap itu politik rakyat
Selebriti ini mengakui itu adalah politik rakyat yang digunakan supaya pihak berkenaan mendengar suaranya.
Jelasnya, dia juga adalah mangsa ketidakadilan walaupun keadaannya tidak sama dengan Allahyarham Zara.
Ya saya memang berpolitik, ini dinamakan politik rakyat. Saya minta maaf jika ada yang kurang senang dengan cara saya. Tapi apa saja tekanan yang boleh diberikan, kita kena cuba. Saya juga mangsa! Walaupun keadaan saya tak seperti arwah Zara.
Dalam pada itu, Rafidah turut memberi semangat kepada rakyat agar terus berani bersuara demi menegakkan keadilan.
Rakyat Sabah! Teruskan perjuangan kamu sebab kami di Semenanjung akan teruskan perjuangan dengan cara kami. Sebab matlamat kita sama.
Pssttt! Isu ini membuktikan bagaimana tindakan selebriti mudah menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi jika menyentuh hal politik. Walaupun Rafidah sudah memohon maaf, tindakan beliau tetap meninggalkan kesan besar di mata masyarakat.
Kredit: Instagram Rafidah Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM