Trending
“Duit Ni Jahat, Boleh Gelap Mata Nanti” – Usop Minyak Hitam Jalanan Tolak RM3k Duit Gift Dari Dicky
Menurut Usop, dia hanya menjalankan amanah dan enggan gelap mana dengan duit yang banyak.
Dalam dunia yang penuh godaan, bukan semua mampu menolak wang yang datang bergolek. Tapi kisah melibatkan Usop Minyak Hitam Jalanan ini benar-benar buat ramai tersentuh apabila dia memilih untuk menolak RM3,000 demi menjaga amanah.
Perkongsian yang dibuat ini terus menjadi perhatian netizen, malah ramai menganggap ia sebagai contoh terbaik nilai keikhlasan yang semakin jarang ditemui hari ini.
Tolak RM3k pemberian Dicky hasil gift TikTok
Menurut Usop, seorang lelaki Cina dikenali sebagai Dicky yang pernah dibantunya sebelum ini telah menghubunginya semula untuk menyerahkan sebahagian wang hasil gift TikTok.
Abang cina: Hai abang Usop, nak jumpa abang Usop boleh ke petang ni, saya datang jumpa abang Usop. Haritu saya dah janji dalam live tiktok, duit yang saya dapat gift tiktok ni nak bagi dekat abang untuk abang tolong orang lain pulak.
Usop: Hai nya, kenapa nak bagi saya pulak, orang bagi untuk you la.. saya tak nak itu duit, you buat belaje sahaja duit tu..
Namun, Usop dengan rendah diri terus menolak pemberian tersebut dan meminta lelaki itu menggunakan wang berkenaan untuk dirinya sendiri.
Abang cina: Jangan abang Usop, saya dah janji dalam tiktok saya kena bagi jugak.. total gift saya dapat dalam RM5k saya bagi abang Usop RM3k, yang lebih tu saya nak hantar balik kampung sebab anak nak sekolah..
Usop: Tak payahlah bagi saya you buat belanja anak you sahaja..
Abang cina: Jangan abang Usop, abang Usop bagi location sekarang, saya datang jumpa abang Usop..
Tetap berkeras kerana janji
Walaupun ditolak, Dicky tetap mahu menunaikan janjinya kepada penonton TikTok. Malah, jumlah yang ingin diberikan bukan kecil.
Akhirnya, selepas berbincang dengan isterinya, Usop bersetuju menerima wang tersebut tetapi dengan niat untuk menyalurkannya semula kepada yang memerlukan.
Aku ambil pendapat isteri aku, isteri aku cakap, abang ambil duit tu, lepas tu abang infaq dekat anak dia pulak, ok baik.
Apa yang lebih menyentuh hati, Usop menegaskan bahawa dia tidak mahu memegang duit infaq terlalu banyak kerana bimbang ia boleh membawa kepada perkara yang tidak baik.
Saya cuma jalankan amanah orang infaq dan kerja saya, saya tak nak orang lain salah sangka, sebab duit infaq ni bukan boleh main-main kalau salah jalan habis nanti, lagi satu, saya tak nak duit infaq banyak-banyak dekat saya, cukup la yang ada, sebab duit ni jahat, boleh gelap mata nanti. Terima kasih semua yang mendoakan kami, semoga video ini dapat pengajaran bagi kita semua insyaallah.
Kata-kata itu jelas menunjukkan betapa kuatnya prinsip yang dipegang oleh Usop dalam menjaga amanah yang diberikan.
Pssttt! Dalam kes ini, Usop membuktikan bahawa keikhlasan dan amanah jauh lebih bernilai daripada wang ringgit. Semoga kisah ini membuka mata ramai bahawa membantu orang lain bukan tentang ganjaran, tetapi tentang niat yang ikhlas.
Kredit: TikTok minyakhitamjalanan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM