Connect with us

Oh! Media

Presiden Persatuan Seniman Malaysia Akhirnya Bersuara Isu Senarai Hitam Ruhainies Dan Aliff Aziz

aliff aziz

Oh! Artis

Presiden Persatuan Seniman Malaysia Akhirnya Bersuara Isu Senarai Hitam Ruhainies Dan Aliff Aziz

Zed Zaidi akhirnya tampil memberi ulasan tentang pendapat masyarakat bahawa Aliff Aziz dan Ruhainies wajar disenarai hitam.

ADVERTISEMENT

BACA: Sarah Yasmin Kongsi Suara Aliff Aziz Merayu Dan Menangis Jangan Tinggalkannya

Zed yang mengulas selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), melihat isu yang sedang panas ketika ini melibatkan hal peribadi. Oleh itu, pihaknya perlu mengikut prosedur dan tidak boleh sesuka hati untuk menyenarai hitam mana-mana selebriti tanpa sebarang siasatan menyeluruh

Penyenaraian hitam perlu dilakukan secara menyeluruh…

Dari pihak Seniman, kami ikut prosedur. Kami tak boleh banned orang sesuka hati sebab ada proses. Dalam kes Aliff dan Ruhainies, kalau semakin parah dan mereka tak boleh selesaikan, Seniman boleh buat satu surat dan hantar kepada semua stesen televisyen dan persatuan yang terlibat supaya blacklist secara menyeluruh dilakukan.

Produksi A mungkin banned tetapi produksi B tidak sebab dia suka artis tu. Secara tak langsung ia (kontroversi) akan mempopularkan drama atau filem produksi B buat. Dan produksi B suka marketing begitu.

Satu surat akan dikeluarkan sekiranya selebriti terlibat tidak dapat menyelesaikan masalah yang timbul…

Bagaimanapun, kata Zed sekiranya situasi sebegitu berlaku dan artis tersebut membuat masalah yang sama lagi, pihak Seniman tidak akan bertanggungjawab dengan keputusan produksi terbabit. Ia akan mencemarkan industri kreatif negara sekiranya isu ini tak selesai.

Dalam pada itu, Zed berkata pihak Seniman kini sedang dalam ke arah untuk mengeluarkan surat kepada semua pihak stesen TV dan persatuan untuk senarai hitam Aliff dan Ruhainies sekiranya isu ini tidak dapat diselesaikan secara baik oleh mereka.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas