Trending
Boleh Pesong Akidah, Timbalan Mufti Kelantan Minta Orang Ramai Berhenti Nyanyi Lagu GISBH
Timbalan Mufti Kelantan Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad telah menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan lagu GISB Holdings (GISBH). Lagu yang tular di media sosial itu didakwa telah membawa fahaman sesat.
Menerusi laporan Harian Metro, Datuk Nik berkata perkara ini telah bercanggah dengan agama Islam dan dia berharap supaya orang ramai segera menghentikan perbuatan menyanyikan lagu tersebut.
Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial.
Justeru saya menasihatkan supaya hentikan segera kerana boleh memesongkan akidah.
Sejak kebelakangan ini, media sosial banyak dibanjiri parodi lagu yang membawa ke arah Abuya (pengasas Al-Arqam).

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM