Connect with us
GISB

Trending

Kanak-Kanak GISBH Berdepan Risiko Diisytihar Anak ‘Wati Syubhah’

Sebahagian kanak-kanak di rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), berdepan risiko diisytihar anak ‘wati syubhah’. Apa tu?

Menurut laporan Harian Metro, Wati syubhah adalah anak yang lahir daripada persetubuhan tidak sah jika tiada pengakuan nasab yang sahih daripada ibu bapa mereka.

IKLAN

Undang-undang syariah khususnya melalui Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 menetapkan bahawa, pengiktirafan nasab seseorang anak bergantung kepada status pernikahan ibu dan bapa, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang.

Jika seorang bapa mengaku seseorang itu anaknya, dia perlu mengemukakan sijil pernikahan yang sah. Jika tiada sijil, dia perlu mendapatkan pengesahan di mahkamah syariah untuk mengesahkan pernikahan tersebut.

Ada juga ibu bapa yang tidak mengenali anak-anak mereka dan itu membuatkan status nasab mereka samar dalam kes kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global itu.

Katanya lagi, cabaran paling sukar adalah untuk menentukan status pernikahan ibu bapa mereka termasuk usaha mengemukakan bukti dokumen serta memanggil saksi semasa akad nikah dilakukan.

Mungkin ada saksi, mungkin tiada saksi, atau mungkin saksi sudah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan.Apabila ini berlaku, sesuatu perkahwinan itu boleh dianggap tidak sah, menyebabkan anak tersebut diisytiharkan sebagai anak wati’ syubhah.

Bukan tu jer, nampak tak betapa oentingnya untuk ibu bapa tampil ke hadapan pihak berkuasa untuk mengakui kesahihan nasab anaknya. 

Tanpa penentuan status, kan susah kanak-kanak itu nak mendapatkan hak keperluan asasi seperti pendidikan, kesihatan dan kewarganegaraan kalau tidak ditentukan statusnya.

GISB

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas