
Oh! Artis
Fify Azmi Tak Jadi Kahwin Dengan Pelakon Lelaki, Bertegas Nak Berpisah
Oleh
Baru-baru ini, pelakon Nafiez Zaidi mendedahkan hubungan cinta yang telah dijalinkan bersama aktres Fify Azmi sudah berakhir sejak Hari Aidilfitri yang lalu.
Menurut Nafiez, dia dan Fify sepatutya melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun lalu, tetapi terpaksa menangguhkannya atas permintaan aktres tersebut.
Ya, saya dan Fify sudah tiada apa-apa hubungan sejak raya puasa lalu. Memang betul sebelum ini keluarga saya sudah merisik Fify dan kami dah ada tarikh untuk bernikah pun.
Ikutkan perancangan asal, kami patutnya bernikah pada Disember tahun lalu. Tapi masa saya tengah jalani penggambaran filem Malbatt di Turkiye, Fify ada hubungi saya untuk minta tangguh pernikahan kami.
Masa itu, saya ikutkan sahaja kemahuan dia, tapi sejak itu juga, hubungan kami semakin renggang. Ada banyak perselisihan faham antara kami dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah.

Nafiez yang berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonan terbaharunya berjudul Malbatt: Misi Bakara yang diadakan di GSC, IOI Mall Putrajaya, pada Selasa.
Dalam pada itu, Nafiez juga menyatakan dia sudah berusaha untuk mempertahankan hubungan mereka, walaupun Fify bertegas mahu berpisah.
Tambahan, Nafiez turut menjelaskan hubungan mereka berdua berakhir berpunca daripada orang ketiga atau imej seksi Fify.

Bukan sebab orang ketiga atau penampilan seksi dia menjadi punca kami berpisah. Tapi mungkin bagi dia, tiada keserasian lagi. Saya ada juga usaha untuk pertahankan hubungan kami, tapi Fify yang berkeras untuk berpisah.
Untuk kebaikan, kita pun berpisah la. Kami masih berkawan tapi sudah lama tak berhubung. Kalau boleh, nak profesional, boleh berkawan, lepak dan bekerjasama.
BACA: Tular Video Pelakon Wanita Mesra Dengan Kekasih, Pakai Kain Jarang Nampak ‘Dalam’
Kredit: Oh Bulan!
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
@ohmedia In a good side bagus la MK buat permohonan maaf and terima teguran dari netizen kann #mk#kclique#mohonmaaf#seatbelt#ohtrending#ohmedia
♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media
