
Trending
Bekas Pengurus Kit Saman Arsenal Selepas Dipecat Kerana Ciapan Tidak Menyokong Israel
Siapa sangka, selepas 20 tahun setia berkhidmat bersama pasukan hampir juara, Arsenal. Mark Bonnick, bekas pengurus kit kelab itu, mendakwa dirinya telah dipecat hanya kerana meluahkan pandangan peribadi yang menentang pencerobohan haram di Gaza oleh rejim zionis.
Dipecat sebab menyinggung perasaan pendatang haram?
Menerusi laporan daripada The Guardian, Bonnick pada mulanya telah digantung tugas dan kemudian diberhentikan pada Disember 2024 selepas Arsenal dimaklumkan mengenai beberapa hantaran yang dibuatnya di media sosial yang merujuk kepada perang Israel di Gaza.

Bonnick menyatakan bahawa hantarannya tersebut bukan bersifat antisemitik, sebaliknya didorong oleh kepercayaan anti-Zionis yang sah dan berasas.
Saya pernah menulis di X mengenai pelbagai isu, termasuk bola sepak, Brexit, perkauman, jenayah bersenjata dan politik. Ia hanya menjadi masalah apabila saya menulis tentang Israel, yang kemudiannya mencetuskan serangan bertubi-tubi dalam talian dan mendorong orang ramai menghubungi kelab.-Katanya
Bonnick memberitahu akhbar The Guardian bahawa beliau kini telah mengambil tindakan undang-undang sebagai usaha untuk membersihkan semula reputasinya, yang menurutnya telah tercemar akibat dakwaan berkaitan antisemitisme.
Saya mahu mereka mengakui bahawa tindakan yang dikenakan terhadap saya adalah tidak wajar dan mereka tidak sepatutnya memecat saya. Saya percaya untuk mempertahankan kebenaran, terutamanya apabila berdepan ketidakadilan, dan saya amat menentang tindakan Israel di Gaza.-Katanya
Berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh Bonnick, siasatan oleh Arsenal terhadap hantaran-hantaran tersebut tidak menuduh beliau melakukan antisemitisme, namun menyatakan bahawa ia boleh “dianggap sebagai provokatif atau menyinggung perasaan” serta telah “mencemarkan nama baik kelab”.
Bonnick kini menuntut ganti rugi dan pemulihan jawatan.
Pssttt! Setiap tindakan disiplin harus berasaskan siasatan yang telus dan adil, serta mengambil kira kebebasan bersuara selagi ia tidak melanggar polisi syarikat atau undang-undang. Dalam isu ini, jelas terdapat unsur berat sebelah yang tidak wajar berlaku dalam sebuah organisasi profesional.
Kredit: The Guardian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
