Connect with us

Oh! Media

“Selalunya Saya Makan Sendiri”- Lelaki Bunuh Isteri Sebab Malas Masak

Oh! Tidak

“Selalunya Saya Makan Sendiri”- Lelaki Bunuh Isteri Sebab Malas Masak

Bila rasa dendam dan sakit hati dipendam lama, seorang lelaki di Riau, Indonesia sanggup membunuh isteri kerana malas masak.

ADVERTISEMENT

Lelaki yang dikenali sebagai Iwan juga mendakwa isterinya curang dengan lelaki lain sehingga dia nekad lakukan tindakan itu.

BACA: Pemandu Lori Didakwa Membunuh Dengan Menolak Kekasih Thailand Dari Tingkat 23

Menurut laporan Kompas, sebelum kejadian itu berlaku, pasangan tersebut bergaduh sebelum suspek, Iwan nekad mencekik isterinya dan menusuk lehernya dengan berus gigi.

Ia terbongkar apabila ibu mertuanya, Norida menemukan anaknya, Risma terbaring tidak bernyawa di kediaman pasangan itu.

Setiap kali saya pulang kerja, dia tak pernah masak. Selalunya saya makan sendiri.

Kalau saya suruh dia masak atau cuci baju, dia selalu kata dia bukan orang gaji di rumah ini.

Iwan juga dikatakan pernah menangkap Risma bersetubuhan dengan lelaki lain di hotel dan perbuatan ini membuatkan dia terpaksa tinggal berjauhan dengan anak lelakinya.

Pertama saya jumpa dia di hotel dengan lelaki lain. Kali kedua, saya jumpa dia keluar dengan lelaki lain. Kali ketiga dari video call dan dari situ saya tak dapat maafkannya.

Namun, Ibu kepada Risma menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh menantunya.

Anak saya tak masak sebab di rumah sewa mereka tak ada dapur, tak ada peralatan memasak. Setiap hari anak saya selalu masak di rumah saya dan kemudian bawa pulang ke rumah diberi kepada suaminya.

Susulan itu, polis telah menahan suspek yang difahamkan ingin melarikan diri ke pulau.

Kredit: Kompas

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas