Connect with us

Oh! Media

Pemandu Lori Didakwa Membunuh Dengan Menolak Kekasih Thailand Dari Tingkat 23

pemandu lori tolak kekasih thailand ohmedia

Oh! Tidak

Pemandu Lori Didakwa Membunuh Dengan Menolak Kekasih Thailand Dari Tingkat 23

Sebelum ini tersebar satu video menyeramkan apabila seorang wanita warga Thailand maut apabila jatuh ditolak kekasihnya dari tingkat 23 kondominium.

BACA: Lelaki Tergamak Tolak Kekasih Jatuh Dari Tingkat 23 Apartment, Mangsa Sempat Jerit Sebelum Bunyi Kuat Terhempas Ke Lantai

image 19

Terkini, seorang pemandu lori telah didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh teman wanitanya. Tertuduh dikenali sebagai Nathan Vijaykumar, 37 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Sasha Diana.

IKLAN

Berdasarkan pertuduhan mangsa berusia 32 tahun telah terbunuh di sebuah kondominium di Setia Alam, pada jam 10.20 malam, 28 Februari 2024.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Jaminan juga tidak diberikan kepada tertuduh dan akan dibicarakan semula pada 7 Jun 2024.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas