Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Anak Ambil Barang Tanpa Bayar Dan Raba Pelanggan Lain, Bapa Berang Sampai Ludah Pekerja

Tular di aplikasi TikTok dan X, video seorang lelaki dilihat meludah muka dua staf yang bekerja di taman permainan Giant Tampoi, Johor kerana tidak berpuas hati. Apa kes ni?

BACA: Ibu Bapa Biarkan Anak Hempas Pinggan Di Restoran Terima Kecaman

IKLAN

Menerusi video itu, staf wanita berkenaan menjelaskan lelaki tersebut adalah pelanggan tetap di situ namun anaknya suka mengambil barang tanpa membayarnya terlebih dahulu.

Anak lelaki itu juga didakwa menganggu pelanggan lain dengan meminta untuk dibelikan makanan dan juga meminum air pelanggan lain tanpa kebenaran.

Walaupun kami dah marah dan larang, mereka degil tetap ambil.

Jadi petang tadi, anak dia curi gula-gula dan air yang semua sekali berjumlah RM9.

Dan yang lebih menaikkan kemarahan, alasan yang diberikan oleh bapa tersebut apabila anaknya juga didakwa memegang dada pelanggan wanita di situ.

Saya yang pegang ke?

Pelanggan lelaki itu juga meminta staf untuk mengembalikan semula entrance fee yang dibayar dan mengugut untuk membawa senjata kerana berang dengan dakwaan yang dibuat.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan lelaki tersebut.

Elok sangatlah anak menyaksikan perangai bapak macam tu. Minta elak anak mewarisi penyakit gila dia tu.

Hasil pemerhatian kami, wanita itu telah memadam video yang tular tersebut. Apa-apa pun patutnya abang tu selesaikan masalah dengan tenang dan janganlah sampai baran macam ni.

Kredit: Aplikasi X | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas