Oh! Artis
Didi Astillah Nafi Dakwaan Pernah Bercinta Dengan Aliff Aziz
Kisah curang pelakon sensasi, Aliff Aziz makin panas apabila nama Didi Astillah diheret dan didakwa pernah bercinta dengan abang iparnya sebelum dia berkahwin dengan Bella Astillah. Apa kes ini?
BACA: Didi Astillah Dan Aisyah Aziz ‘Perang’ Di IG, Dedah Perbuatan Keluarga Mentua Kepada Bella
Menurut hantaran story Instagram Didi Astillah, ada individu yang tidak bertanggungjawab menuduhnya pernah tinggal bersama dengan abang iparnya itu.
Difahamkan Didi juga telah menafikan dakwaan berkenaan dan mengucap panjang selepas membaca fitnah itu.
Fitnah apa ini? Beraninya buat fitnah dan jadikan artikel.
Dakwaan yang dibuat melalui Facebook telah meraih perhatian netizen kerana tak menyangka Didi sanggup mengkhianati kakaknya.
Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah bercinta sebelum Bella. Bella bongkar rahsia Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah tidur bersama di hotel.

Sebelum ini, Didi sempat bergaduh dengan Aisyah Aziz kerana kes curang Aliff Aziz yang tiada penghujung. Disebabkan itu netizen terkejut dengan tuduhan yang dibuat.
Tak baik betul siapa yang tuduh Didi Astillah pernah bercinta dengan Aliff Aziz. Apa-apa pun diharapkan kemelut ini akan berakhir dengan cepat.
Kredit: Instagram @didiangelastillah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM