Connect with us

Oh! Media

“Benda Baik Kita Tunjuk Susah Orang Nak Nampak” – Peserta Hero Teladan Menangis Program Dihentikan Serta Merta

Trending

“Benda Baik Kita Tunjuk Susah Orang Nak Nampak” – Peserta Hero Teladan Menangis Program Dihentikan Serta Merta

Baru-baru ini, hangat tentang isu program yang dianjurkan oleh Youtuber, Isa Isarb kerana menempatkan peserta lelaki dan perempuan di bawah satu bumbung. Susulan itu, program tersebut telah pun dibatalkan.

BACA: Isa Isarb Batal Program 77 Hari Tanpa Telefon Selepas Dikecam, Mengaku Tanggung Kerugian Besar

IKLAN

Menerusi video TikTok yang dihantar oleh Isa, rata-rata peserta terkejut dan ada yang menangis selepas menerima berita duka itu dan disebabkan pembatalan itu juga dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM500,000.

Kesemua peserta juga difahamkan telah dihantar balik ke rumah masing-masing sebaik pengumuman berkenaan dibuat.

Benda baik yang kita tunjuk, susah orang nak nampak. Benda jahat je yang dorang nampak.

Walau bagaimanapun, Isa berkata dia tidak akan membiarkan peserta pulang dengan tangan kosong dan akan ada ganjaran yang diberikan.

Risiko program ini diteruskan adalah kemungkinan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Negeri, di mana anda dan pihak penganjur boleh disabitkan dengan undang-undang.

Pihak pengajur akan menanggung rugi bersendirian tanpa melibatkan peserta.

Terdahulu Isa Isarb menganjurkan program Hero Teladan dan menempatkan peserta lelaku dan perempuan dalam satu rumah telah menerima kecaman teruk dari netizen.

Kredit: TikTok @isaisarbofficial

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas