Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Kanak-Kanak Perempuan Parah Dilanggar Kereta Semasa Melintas Jalan

Trending

(VIDEO) Kanak-Kanak Perempuan Parah Dilanggar Kereta Semasa Melintas Jalan

Seorang kanak-kanak perempuan parah selepas dilanggar sebuah kereta jenama Perodua Kembara di Kampung Delek Kanan kelmarin. 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku pada pujul 5:45 petang kelmarin apabila kanak-kanak perempuan itu melintas jalanraya sebelum dilanggar kereta yang dipandu seorang wanita berusia 21 tahun.

Ketika kejadian, wanita terbabit dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah di kampung sama. Mangsa dikatakan pada mulanya berada di tepi jalan tetapi tiba-tiba melintas secara melulu.

Keadaan itu menyebabkan pemandu terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak terlalu dekat, walaupun telah cuba menekan brek kecemasan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata yang kanak-kanak perempuan itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Pemandu terbabit sudah membuat laporan polis. Hasil siasatan mendapati akibat kemalangan itu, bumper depan bahagian kanan, lampu besar kanan dan fender depan kanan kenderaan dipandunya kemek.

Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas