Connect with us

Oh! Media

“Saya Ada Masalah Peribadi Dan Tak Berniat Nak Menyinggung Mana-Mana Pihak”- Eina Azman Mohon Maaf

Trending

“Saya Ada Masalah Peribadi Dan Tak Berniat Nak Menyinggung Mana-Mana Pihak”- Eina Azman Mohon Maaf

Beberapa hari lepas, pelakon Datin Paduka Eina Azman telah menjadi perbualan netizen apabila memuat naik gambar di laman sosial Instagram, menunjukkan dia bersama suami sudah mendapat suntikan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

ADVERTISEMENT

Eina berkata, dia tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti mana-mana pihak.

“Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.

“Justeru itu, saya memadam hantaran daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada bertambah rumit,” katanya.

Tambah Eina, dia sebenarnya mempunyai masalah kesihatan yang dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi sehingga dia dan suami layak untuk mendapat suntikan vaksin berkenaan.

“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga saja,” katanya.

Pengarah Hospital, Dr Abdul Malek Osman telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan bahawa pasangan tersebut tidak memotong barisan untuk mendapatkan suntikan vaksin seperti yang dikatakan oleh netizen.

“Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengambil maklum berkenaan isu tular di beberapa laman media sosial berkaitan seorang artis wanita yang dikenali sebagai Eina Azman bersama pasangannya didakwa memotong barisan dan mengambil vaksin Covid-19 di sini.

“Pusat Pemberian Vaksin (PPV) HRPB menerima rujukan atau pelanggan daripada pelbagai fasiliti kesihatan dari dalam dan luar negeri Perak. Semua pesakit atau pelanggan yang dirujuk kepada PPV ini sudah menjalani pemeriksaan awal ‘Pre Vaccination Assesment (PVA) yang hanya boleh didapati di klinik-klinik pakar perubatan hospital.

“Berdasarkan semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka. Tiada isu potong barisan dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan ini sudah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi,” katanya.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas