Connect with us

Oh! Media

Tampil Adegan Pengetua Hisap Cerut, Drama TV Tempatan Jadi Pertikaian Ramai

Trending

Tampil Adegan Pengetua Hisap Cerut, Drama TV Tempatan Jadi Pertikaian Ramai

Sebelum ini, sebuah stesen televisyen terestrial, TV3, pernah mengumumkan akan melakukan proses penapisan dalam setiap drama yang disiarkan di kaca televisyen bagi membendung sebarang unsur yang kurang menyenangkan.

ADVERTISEMENT

BACA: Imam Perokok, Sah Ke Solat Di Belakang Dia? Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Hal itu termasuklah penggunaan ayat yang kasar, aksi ganas dan adegan lucah yang mampu memberikan pengaruh buruk kepada golongan muda serta kanak-kanak.

Adegan hisap cerut dalam drama TV cetus persoalan ramai

Bagaimanapun, terdapat pula seorang pengguna laman Facebook yang memuat naik gambar yang memaparkan adegan kurang menyenangkan dari sebuah drama tempatan.

Hal itu selepas salah satu babak drama tersebut memaparkan aksi seorang pengetua yang menghisap cerut di sebuah sekolah seakan-akan mencemarkan imej seorang guru.

Walaupun siri drama tersebut sudah lama berakhir, namun babak dalam drama berkenaan terus menjadi bahan kritikan orang ramai yang menganggap ia tidak logik dan menyalahi peraturan negara.

Saya tak tahu sekolah mana cikgu boleh hisap rokok bukan sahaja dalam kawasan sekolah, malah depan pelajar. Tapi jangan risau, ini drama dan usah tanya drama apa saya tidak tahu.

Namun ini memang babak guru dan pelajar sekolah di Malaysia. Buatlah homework boleh tak produser dan pengarah. Anda memalukan profesion guru.

Menurut sumber, drama tersebut pernah disiarkan sebelum ini menerusi satu saluran televisyen berbayar yang mana ia berlokasi di sebuah sekolah berasrama penuh SBP rekaan di Cameron Highlands.

Sesetengah negara akan kabur atau sunting adegan merokok

Bagaimanapun, perkara itu turut mendapat perhatian daripada laman sosial kesihatan popular tanah air, Public Health Malaysia (PHM) yang seakan-akan mempersoalkan tindakan itu.

Menurutnya, kebanyakaan negara tidak akan menayangkan adegan merokok di kaca televisyen dan mereka akan menyunting keluar atau mengaburkan babak tersebut.

Bagaimanapun, babak dalam drama itu dilihat tidak masuk akal oleh kerana semua institusi pendidikan termasuk SBP adalah kawasan yang ditegah dari merokok sejak diperkenalkan kerajaan pada 1997.

Malah, adegan individu yang merokok itu jelas merupakan sebuah kesalahan di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 selain dikatakan tidak memaparkan tanda amaran sebelum ia disiarkan.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut dilihat mengecam adegan tersebut selain berharap agar setiap produksi filem sentiasa mengambil berat mengenai isu tersebut.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 4,000 tanda suka serta telah dikongsikan sebanyak 334 kali.

Kredit: Facebook Yasmin Hanani Muhammad Sufian I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas