Connect with us

Oh! Media

Polis Cari Perakam Dan Penyebar Gambar Kejadian Cekik Sampai Mati Di Ipoh

pergaduhan

Trending

Polis Cari Perakam Dan Penyebar Gambar Kejadian Cekik Sampai Mati Di Ipoh

Sebelum ini kami ada kongsikan satu pergaduhan sehingga mengakibatkan seorang terbunuh di sebuah warung di Ipoh. Pergaduhan yang berpunca dari dakwaan mangsa telah mencuri pembesar suara itu amat menyedihkan kerana ia melibatkan orang melayu Islam.

ADVERTISEMENT

BACA: Dituduh Curi Speaker Jadi Punca Lelaki Dicekik Sampai Mati Ketika Sedang Minum Di Warung

Bagaimanapun, ada beberapa gambar dan video yang tersebar sehingga membuatkan berlaku sedikit salah faham. Gambar itu menunjukkan polis seolah-olah tidak mengambil tindakan untuk meleraikan pergaduhan. Ini membuatkan orang ramai mula membuat andaian sendiri dengan pelbagai respon negatif terhadap pihak polis.

Ada juga netizen yang mengecam tindakan polis yang tidak berusaha menghentikan perbuatan suspek yang dilihat masih memaut leher mangsa.

Polis sedang kesan individu bertanggungjawab merakam dan menyebar gambar kejadian

Untuk respon mengenai salah faham ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan pihaknya sedang melakukan siasatan dan mengesan individu terlibat merakam gambar serta video kejadian.

Bertindak atas maklumat awam, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian dan berjaya meleraikan pergaduhan sekali gus membuat tangkapan terhadap semua suspek.

Bagaimana pun, gambar yang tular di media sosial seolah-olah pihak polis tidak meleraikan pergaduhan itu. Tindakan pemilik akaun media sosial berkenaan dengan memberi kenyataan berunsur negatif tanpa mengetahui fakta sebenar adalah tidak bertanggungjawab dan dikesali. – Katanya.

Yahaya dalam pada itu menegaskan pihak polis sentiasa kuatkuasakan undang-undang dengan adil dan profesional. Polis juga telah dilatih untuk mengendali situasi kecemasan yang melibatkan nyawa.

Jadi, harapnya hentikanlah sebarang spekulasi dan jangan sebarkan berita yang kurang pasti. Ini amat tidak baik dan boleh menimbulkan salah faham kepada masyarakat. Apapun, semoga kes ini dapat diselesaikan dan pesalah terima hukuman selayaknya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas