Connect with us

Oh! Media

Sanggup Kayuh 18km, Tak Malu Hantar Makanan Naik Basikal

Oh! Inspirasi

Sanggup Kayuh 18km, Tak Malu Hantar Makanan Naik Basikal

Sekarang ni kalau kita tengok, macam-macam cara yang rider Foodpanda guna untuk hantar makanan kepada pelanggan. Selalunya mereka ni akan hantar makanan menggunakan motosikal tapi, ada juga di antara mereka yang berjalan kaki dan menggunakan basikal untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

ADVERTISEMENT

Saya tak malu kayuh basikal lebih 18 kilometer setiap hari untuk menghantar makanan yang pelanggan pesan, walaupun yang lain bermotosikal,” kata Khairil Hilmi Khalid, 35.

Walaupun hanya menggunakan basikal untuk hantar makanan, dia berasa puas apabila pesanan pelanggan dapat disempurnakan.

Bapa kepada lima anak itu berkata, dia sedar terhadap risiko bila berada di atas jalan raya, tetapi untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dia sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan makanan yang dibawa dan menjaga keselamatan diri sepanjang perjalanan.

Syarikat telah tetapkan penghantar makanan yang menggunakan basikal paling jauh hanya sekitar dua kilometer saja dan kena bekerja mengikut shif iaitu 9 hingga 11 pagi dan 9 hingga 11 malam setiap hari. – Katanya.

Khairil termasuk lima orang penghantar makanan yang dikatakan menggunakan basikal selepas diperkenalkan syarikat Foodpanda sejak seminggu lalu.

Bila ditanya kenapa dia tidak menggunakan motosikal, dia berkata, selain mencari rezeki secara tidak langsung dengan berbasikal dia dapat melakukan senaman.

Ada juga pelanggan yang terkejut melihat saya menggunakan basikal dan mereka kagum dan menasihati supaya sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya. – Katanya

Khir juga turut berkata kepada golongan muda supaya tidak mencari alasan untuk menganggur kerana selagi ada kemahuan, banyak jalan rezeki halal yang terbuka.

Betul cakap Khir tu, hendak seribu daya tak hendak seribu alasan. Semua ni terletak pada diri kita sendiri, nak ke tak nak. Bak kata orang ‘hustle demi hasil’.

Kredit: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas