Connect with us

Oh! Media

Satu-Satunya Khidmat Penghantaran Makanan Disahkan Halal Diperkenalkan

Bekal by foodpanda rider

Branded

Satu-Satunya Khidmat Penghantaran Makanan Disahkan Halal Diperkenalkan

Bagi umat Islam, mencari makanan halal adalah wajib. Makanan bukan sahaja perlu bebas daripada sumber yang haram, keselamatan dan kebersihan makanan juga perlu dijaga sehinggalah sampai ke meja hidangan.

Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa untuk menyediakan makanan, servis penghantaran adalah pilihan terbaik. Namun begitu, terdapat kemungkinan berlakunya keraguan di mana berlaku percampuran di antara makanan yang halal dan haram.

Oleh itu, bekal by foodpanda yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diperkenalkan sebagai armada penghantaran makanan khas untuk pelanggan foodpanda. Menarik kan? Tak perlu lagi ragu-ragu mengenai status halal bila pesan makanan korang.

Bagi tempoh awal ini, bekal by foodpanda hanya didapati di Putrajaya serta akan didapati di seluruh Lembah Klang pada Julai dan akan meliputi seluruh Malaysia.

Dengan bekal by foodpanda ini status halal ini dijamin dari peringkat penyediaan sehinggalah makanan sampai kepada pelanggan. Ini kerana penghantaran makanan bekal by foodpanda melibatkan pesanan menerusi aplikasi atau laman web foodpanda dari restoran atau premis makanan yang mempunyai sijil halal sahaja.

Guna baju, beg berbeza

bekal by foodpanda rider

Kalau nak kenal rider bekal by foodpanda pun senang je sebabnya mereka menggunakan pakaian dan beg berbeza berbanding rider foodpanda biasa. Rider bekal by foodpanda mengenakan baju berwarna kuning dan merah jambu untuk membezakan dengan rider foodpanda biasa.

Pelanggan boleh pesan tanpa was-was status halal

Amri Mohd Sham bekal by foodpanda

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Halal bekal by foodpanda Amri Mohd Sham, perkhidmatan ini diperkenalkan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang masih ragu-ragu mengenai status integriti halal makanan dipesan.

“Inisiatif ‘bekal by foodpanda’ bertujuan memberikan perkhidmatan menghantar makanan yang tidak dipersoalkan tahap halal kepada pengguna perkhidmatan foodpanda.

“Memang sebelum ini ada rungutan daripada orang ramai mengenai restoran yang diragui halal selain penggunaan beg penghantaran yang tidak diketahui kesuciannya.

“Dengan adanya ‘bekal by foodpanda’ iaitu satu-satunya platform penghantaran makanan diiktiraf halal oleh JAKIM, orang ramai tidak perlu berasa was-was dengan makanan mereka,” katanya.

Zus Coffee, A&W, banyak lagi vendor pun ada!

bekal by foodpanda putrajaya

Ketika ini, antara vendor yang terlibat dengan bekal by foodpanda antaranya adalah Zus Coffee, 4Fingers Crispy Chicken, A&W, Auntie Anne’s, Baker’s Cottage, Bask Bear Coffee, Big Apple Donuts & Coffee, Boat Noodle, Empire Sushi, MarryBrown, McDonald’s, Pizza Hut, Sushi King, Tealive dan banyak lagi.

Nak pesan makanan tanpa was-was? Pesan je dengan aplikasi atau laman web foodpanda, cari karusel ‘bekal’ dan buat pesanan seperti biasa.

Belum ada aplikasi foodpanda? Muat turun sekarang di App Store dan Google Play sekarang. Ikuti foodpanda di Facebook dan Instagram untuk promosi terkini.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas