Connect with us

Oh! Media

SSR Mohon Bantuan Bayar Kompaun Peserta Perhimpunan RM62k

Trending

SSR Mohon Bantuan Bayar Kompaun Peserta Perhimpunan RM62k

Seramai 31 ahli Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dikenakan kompaun berjumlah RM62,000 setelah didapati menganjur serta menyertai perhimpunan di padang Dataran Merdeka, 19 Ogos lalu. Ahli SSR yang terlibat dikompaun RM2,000 bagi setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Berita Harian, kumpulan terbabit dipercayai berhimpun kira-kira jam 8 malam bagi memperingati insan yang telah meninggal dunia akibat wabak pandemik. Mereka dikatakan membakar lilin serta memegang kain rentang ‘Belasungkawa Jiwa-Jiwa Yang Telah Pergi’.

kompaun
Foto: Kosmo!

Terbaru, Kosmo! melaporkan, SSR memohon bantuan orang ramai untuk membayar denda membabitkan 31 peserta yang hadir pada perhimpunan tersebut.

Seramai 31 peserta yang hadir membakar lilin dan meletakkan bunga ros sebagai tanda peringatan bagi mengenang lebih 13,000 rakyat di negara ini yang telah pergi akibat Covid-19.

Mereka dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang. SSR telah berbincang dengan beberapa rakan peguam berkenaan tindakan yang akan diambil dan kami tidak menolak untuk menyaman pihak polis.

Ini kerana tangkapan yang dibuat tidak berasaskan lunas perlembagaan.

SSR turut mendakwa tangkapan yang dilakukan pihak polis tidak berasaskan lunas perlembagaan. Dalam kenyataan itu, SSR mendakwa peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili peguam setiap seorang.

Kami telah membuat laporan polis pada Ahad lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul agar siasatan dibuat terhadap pegawai polis IPD Dang Wangi yang telah menahan peserta pada malam tersebut.

Menurutnya, malam pada 19 Ogos lalu sepatutnya menjadi ruang bertakafur bagi mengenang rakan-rakan dan saudara mara yang telah terkorban. Namun keadaan bertukar menjadi kecoh apabila pihak polis menahan semua peserta yang hadir.

Pihak polis berkeras menyatakan bahawa kesemua yang hadir tidak ditahan. Namun, para peserta yang hanya meletakkan bunga ros dan menyalakan lilin kemudiannya telah ditarik, ditolak dan diheret dengan kasar kerana pihak polis yang berada di sana gagal memberikan sebarang sebab untuk menahan peserta.

Katanya lagi, selepas ditahan peserta diminta menaiki trak polis ke IPD Dang Wangi untuk disoal siasat. Di situ polis memaklumkan bahawa penahanan dibuat di bawah tiga akta iaitu Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman, Seksyen 21A Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1985 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas